Home Ekonomi MBSB lancar kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’
Ekonomi

MBSB lancar kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’

MBSB lancar kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’

Pemenang kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 3.0’ MBSB Bank, Asrolhisyam Mohd Alias (empat dari kanan), membawa pulang sebuah SUV Porsche Macan pada Majlis Pelancaran Kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’ di M Resort & Hotel Kuala Lumpur semalam. – UTUSAN/ISKANDAR ISHAK

KUALA LUMPUR: MBSB Bank melancarkan kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’ (SBMB 4.0) dengan hadiah keseluruhan bernilai hampir RM2 juta termasuk hadiah utama seperti seunit BYD Sealion 7 dan lima unit Proton e.MAS 7.

Sebagai satu inisiatif utama MBSB Bank, SBMB 4.0 membawa ganjaran pelanggan ke tahap baharu dengan hadiah luar biasa yang ditawarkan khas untuk mencetus inspirasi dan mengubah kehidupan para pelanggan.

Pelanggan juga berpeluang memenangi percutian mewah ke Skandinavia untuk dua orang dalam Kelas Perniagaan dan pakej ubah suai rumah bernilai keseluruhan sehingga RM350,000, menjadikan SBMB 4.0 salah satu kempen simpanan paling menarik di negara ini.

Ketua Perbankan Pengguna Kumpulan MBSB Bank, Usman Ghouse berkata, SBMB 4.0 bukan sekadar ganjaran, namun kempen ini adalah tentang mencipta peluang.

“Kami ingin memperkasakan pelanggan untuk menyimpan dengan lebih bijak, menetapkan matlamat yang lebih tinggi, dan mencapai impian mereka.

“Kempen ini mencerminkan komitmen MBSB Bank untuk memberikan nilai dan mengubah kehidupan melalui disiplin kewangan,” katanya semasa Pelancaran ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’ dan pemenang untuk siri 3.0 di sini, semalam.

Dengan rekod lampau yang terbukti menjanjikan kejayaan, siri kempen SBMB terus mendapat sambutan hangat daripada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Edisi keempat ini membina legasi tersebut dengan memperkenalkan ganjaran inovatif yang memenuhi aspirasi pelanggan yang semakin berkembang.

Menurut Usman, MBSB menyasarkan peningkatan pelanggannya sebanyak 20 peratus melalui kempen siri keempat itu.

Katanya, pelanggan mempunyai masa sehingga 31 Disember 2025 untuk menyimpan dengan lebih bijak dan merebut ganjaran luar biasa.

“SBMB 4.0 bukan sekadar kempen, tetapi peluang untuk mengubah perjalanan simpanan anda.

“Untuk menyertai kempen menarik ini, pelanggan hanya perlu mempunyai atau membuka Akaun Semasa/Akaun Simpanan-i (CASA-1) Prime Win dengan deposit minimum RM200.

“Untuk maklumat lanjut mengenai cara penyertaan, sila layari www.mbsbbank.com atau hubungi cawangan MBSB Bank yang terdekat,” katanya.

Dalam majlis yang sama turut menampilkan kemuncak SBMB 3.0, yang menyaksikan hadiah utama suku akhir sebuah kereta mewah Porsche Macan diserahkan kepada pemenang bertuah dari Kuala Terengganu, Asrolhisyam Mohd. Alias. – UTUSAN

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...