Home Ekonomi Maybank lantik Shafiq Abdul Jabbar sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan
Ekonomi

Maybank lantik Shafiq Abdul Jabbar sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

Shafiq Abdul Jabbar, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Maybank yang baharu

KUALA LUMPUR, 30 April- Malayan Banking Bhd (Maybank) melantik Shafiq Abdul Jabbar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan berkuat kuasa 7 Julai, 2025.

Beliau akan menggantikan bekas CFO Kumpulan, Khalijah Ismail

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, kumpulan perbankan itu menjelaskan Shafiq akan melaksanakan peranan penting dalam menyokong Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PGCEO) untuk memacu penciptaan nilai dan membuat keputusan strategik.

Maybank memaklumkan Shafiq juga dijangka menerajui transformasi kewangan kumpulan ke arah keupayaan yang lebih berpandangan ke hadapan di samping memanfaatkan teknologi dan data.

Beliau akan bekerjasama rapat dengan anggota Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan untuk menumpukan kepada peningkatan nilai pemegang saham serta mendukung piawaian tadbir urus, lapor kepada dan kawalan yang tertinggi untuk memastikan pertumbuhan mampan dan impak jangka masa panjang, tambah Maybank.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Khairussaleh Ramli berkata kepimpinan kewangan dan pengalaman Shafiq yang kukuh, selama lebih 25 tahun merentas pelbagai industri, akan menjadi kunci untuk menyokong strategi Maybank dalam agenda pertumbuhan mampan dan penciptaan nilai.

“Kumpulan mengucapkan tahniah kepada Shafiq kerana menyertai pasukan pengurusan kami di bawah kepimpinan saya, dalam memacu Maybank ke hadapan menjadi institusi kewangan yang memberi impak positif yang terbesar,” katanya.- Livevartha

Related Articles

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini

KALI terakhir OPR berubah adalah apabila dinaikan daripada 2.75 peratus kepada 3.0...

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan
Ekonomi

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan

PETALING JAYA: Hong Leong Investment Bank Research mengulangi pendirian ‘overweight’ terhadap sektor...

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...