Home Ekonomi Maybank laksana penyelenggaraan sistem 10 dan 17 Mei bermula 12 tengah malam hingga 8 pagi
Ekonomi

Maybank laksana penyelenggaraan sistem 10 dan 17 Mei bermula 12 tengah malam hingga 8 pagi

Pelanggan Maybank dinasihat untuk merancang transaksi lebih awal untuk mengelakkan sebarang gangguan.

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Maybank memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan terpilihnya akan menjalani aktiviti penyelenggaraan sistem pada hari Sabtu, 10 Mei ini bermula 12 tengah malam hingga 8 pagi dan Sabtu, 17 Mei bermula 12 tengah malam hingga 8 pagi.

Penyelenggaraan secara berkala ini adalah bagi memastikan pengguna boleh melakukan transaksi perbankan dengan lebih selamat dan lancar selain memastikan perkhidmatan dalam talian sentiasa berfungsi dengan baik.

Perkhidmatan ini tidak akan tersedia secara berperingkat untuk kedua-dua hari.

Antara perkhidmatan yang dijadual mengalami gangguan sementara waktu ialah mesin ATM dari jam 12 tengah malam hingga 8 pagi.

Perkhidmatan-perkhidmatan lain yang terjejas sementara termasuk DuitNow Transfer, DuitNow Request, DuitNow QR, JomPaY, Interbank GIRO, FPX, dan Mandat Debit melalui saluran Maybank2u web, aplikasi MAE, serta Maybank2u Biz (web dan aplikasi) turut akan mengalami gangguan dari pukul 3 pagi hingga 8 pagi pada tarikh sama.

Pelanggan Maybank dinasihat untuk merancang transaksi masing-masing lebih awal untuk mengelakkan sebarang gangguan.

Kumpulan Maybank memohon maaf atas sebarang kesulitan dan menghargai kesabaran pelanggan.

Pelanggan boleh menghubungi pihak bank melalui saluran rasmi mereka untuk sebarang pertanyaan.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....