Home Ekonomi Maxis Dan Rakan Kongsi Sediakan Ketersambungan Bersepadu Di The Light City
Ekonomi

Maxis Dan Rakan Kongsi Sediakan Ketersambungan Bersepadu Di The Light City

Maxis Dan Rakan Kongsi Sediakan Ketersambungan Bersepadu Di The Light City

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (tengah) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad Lee Chun Fai (lima, kiri) serta wakil pemain industri terkemuka pada Majlis Menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara IJM Perennial Development Sdn Bhd (IJM Perennial) dengan empat pemain indsutri terkemuka bagi pembekalan infrastruktur telekomunikasi dan hospitaliti di The Light City, Jumaat lepas.

GEORGE TOWN, 19 Ogos (Livevartha) — Maxis Bhd bekerjasama dengan pemaju hartanah, IJM Perennial Development Sdn Bhd dan GlobalComm Telecommunications Sdn Bhd menyediakanketersambunganmudah alihdan tetap bersepadu untukpembangunan bercampur Waterfront diPulau Pinang – ‘The Light City’.

Maxis dalam satu kenyataan hari ini berkata ia juga akan bekerjasama dengan IJM Perennial dan GlobalComm untuk membangunkan penyelesaian bandar pintar yang dikuasakan oleh teknologi 5G-Advanced dan Internet Pelbagai Perkaa(IoT) untuk melengkapkan The Light City menjadi pembangunan moden untuk pendudukdan perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maxis Goh Seow Eng berkata perkongsian itu meletakkan The Light City di barisan hadapan teknologi, memudahkan penggunaan aplikasi dan perkhidmatan inovatif pada masa samameningkatkan kehidupan secara keseluruhan.

"Ia juga meningkatkan pengalaman untuk penduduk dan perniagaan pembangunan ikonik ini. Sebagai syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, kami komited untuk menyediakan sambungan yang pantas, selamat dan boleh dipercayai," katanya.

Perkongsian itu dibentukpada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang diadakan baru-baru ini di The Light Cityturut dihadiriKetua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

IJM Perennial, pemaju induk The Light City adalah usaha sama antara IJM Corporation Bhd dan Perennial Holdings Private Limited.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan kumpulan IJM Corporation Lee Chun Fai berkata The Light City mencerminkan komitmen syarikat terhadap pembangunan bandar memenuhi keperluan masyarakat.

"Menerusi kerjasamadengan Maxis dan GlobalComm, kami melengkapkan The Light City dengan infrastruktur sedia 5G yang penting, memastikan ketersambungan kukuh, bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai hab untuk perniagaan dan masa lapang tetapi juga daya tahanuntuk masa depan infrastruktur digital negeri yang seiringdengan objektif pendigitalan kerajaan," katanya.

Pengarah Urusan GlobalComm Stuart Kang menekankan bahawa perkongsian itu mengukuhkan komitmen mereka untuk menyediakan penyelesaian ketersambungan yang komprehensif, memenuhi keperluan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang pelbagai bagi komuniti dan projek pembangunan di negara ini.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...