Home Ekonomi Mawar Setia beli kepentingan U Mobile dari Singapore Technologies Telemedia
Ekonomi

Mawar Setia beli kepentingan U Mobile dari Singapore Technologies Telemedia

Mawar Setia beli kepentingan U Mobile dari Singapore Technologies Telemedia

GAMBAR HIASAN

BENGALURU: Syarikat Malaysia, Mawar Setia akan membeli kepentingan majoriti dalam penyedia perkhidmatan mudah alih dan jalur lebar, U Mobile daripada Singapore Technologies Telemedia (ST Telemedia).

ST Telemedia dalam kenyataan berkata, di bawah perjanjian pembelian saham bersyarat, Mawar Setia akan membeli saham dalam U Mobile daripada Straits Mobile Investments, anak syarikat ST Telemedia.

Firma berpangkalan di Singapura itu berkata, Straits Mobile akan memegang 20 peratus kepentingan apabila urus niaga itu selesai.

Butiran kewangan lain urus niaga itu tidak didedahkan oleh ST Telemedia, yang dimiliki oleh sayap pelaburan kerajaan Singapura, Temasek.

Tambah kenyataan itu, Mawar Setia adalah syarikat persendirian di Malaysia dan yang tidak memberikan butiran lanjut mengenai syarikat terbabit.

ST Telemedia tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan.

Ditubuhkan pada 2006, U Mobile adalah syarikat telekomunikasi termuda di Malaysia dengan rangkaian sedia untuk 5G, menurut laman web syarikat.

Awal tahun ini, Reuters melaporkan dengan memetik sumber bahawa U Mobile merancang tawaran awam permulaan (IPO) domestik yang dijangka menjana lebih daripada AS$500 juta pada awal separuh pertama 2025.

ST Telemedia, yang memiliki perniagaan termasuk pusat data dan teknologi infrastruktur berkata, U Mobile akan tidak lagi menjadi anak syarikatnya selepas perjanjian dengan Mawar Setia selesai.-REUTERS

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...