Home Ekonomi MATRADE Buka Pejabat Di Karachi – Tengku Zafrul
Ekonomi

MATRADE Buka Pejabat Di Karachi – Tengku Zafrul

MATRADE Buka Pejabat Di Karachi – Tengku Zafrul

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 25 Ogos (Livevartha) — Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan membuka pejabat di Karachi, Pakistan, sebagai sebahagian daripada tumpuan Malaysia yang semakin meningkat terhadap pasaran sedang pesat membangun.

Dalam bidang pertumbuhan utama, Malaysia merancang untuk meningkatkan perdagangan dengan Afrika Selatan, Libya, Mesir dan negara-negara Amerika Latin, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan IndustriTengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kepada Livevartha.

MATRADE mempunyai 49 pejabat di seluruh dunia, dengan yang terkini dilancarkan di Singapura pada tahun ini. Agensi penggalakan perdagangan itu juga telah menaik taraf pejabatnya di Kaherah dan Paris.

Pejabat MATRADE di Karachiakan dibuka tidak lama lagi, kata Tengku Zafrul.

Karachi ialah hab komersial dan perkapalan utama Pakistan.

Perdagangan Malaysia-Pakistan bernilai US$1.4 bilion (US$1=RM4.372) pada 2023 dan telah melepasi US$1 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024, berdasarkan angka MATRADE.

Industri halal yang berkembang pesat menjadi bidang utama untuk potensi kerjasama antara Pakistan dan Malaysia, kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad Datuk Mohammad Azhar Mazlan pada awal tahun ini.

Pada masa ini, eksport Malaysia dalam sektor halal dianggarkan berjumlah US$7.65 bilion.

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...