Home Ekonomi Malaysia, Thailand sasar perluas kerjasama sektor pembungkusan
Ekonomi

Malaysia, Thailand sasar perluas kerjasama sektor pembungkusan

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Thailand, Dr. Visit Limlurcha / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 22 April – Malaysia dan Thailand berpotensi besar untuk memperluas kerjasama dalam sektor pembungkusan, dengan memanfaatkan kekayaan sumber bahan mentah serta kelebihan pasaran halal masing-masing.

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Thailand, Dr. Visit Limlurcha berkata kerjasama dua hala itu mampu memberi nilai tambah kepada penghasilan produk dan pembungkusan yang lebih lestari, selaras dengan keperluan semasa pasaran serantau.

“Kita boleh jalinkan lebih banyak kerjasama antara Thailand dan Malaysia kerana Malaysia mempunyai banyak pelan hala tuju yang boleh dikembangkan kepada bahan ramuan masa depan, bukan sekadar komoditi biasa. Kita boleh gabungkan kekuatan ini dan saling bertukar.

“Malaysia mempunyai pasaran halal yang besar, manakala Thailand pula kaya dengan bahan mentah yang tiada di Malaysia. Jadi kita boleh saling melengkapi dan membantu antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat pada sesi Meneroka Peluang Dagangan dan Pembungkusan Malaysia-Thailand Menjelang ProPak Asia 2025 di ibu negara hari ini.

Menurut beliau, kolaborasi itu penting bagi memperkukuh rantaian bekalan serantau, terutamanya dalam meningkatkan nilai produk di peringkat ASEAN.

Data pasaran menunjukkan peningkatan penggunaan makanan dan minuman telah menyumbang kepada pertumbuhan sektor pembungkusan di Malaysia, yang dijangka berkembang kepada 23.7 bilion unit menjelang tahun 2028.

Sementara itu, pasaran sektor pembungkusan di Thailand diunjur bernilai AS$19.54 bilion menjelang tahun 2030, berbanding unjuran AS$15.71 bilion pada tahun ini.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...