Home Ekonomi Malaysia terus perkukuh pasaran minyak sawit ke Asia Tengah
Ekonomi

Malaysia terus perkukuh pasaran minyak sawit ke Asia Tengah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Kementerian Perladangan dan Komoditi, menerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), terus komited untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam membekalkan minyak sawit ke Asia Tengah.

Dalam masa yang sama, Malaysia terus meningkatkan penguasaan pasaran minyak sawit di Pakistan.

Jelas Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin, tahun lepas Pakistan mengimport sebanyak 860,260 tan minyak sawit.

Produk berasaskan sawit Malaysia kekal sebagai antara 10 negara pengimport terbesar minyak sawit di dunia.

\”Asia Tengah merupakan destinasi eksport penting bagi minyak sawit Malaysia.

\”Pada tahun 2024, eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia ke negara-negara di Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan, Kyrgyzstan, dan Turkmenistan berjumlah 54,665 tan, dengan nilai sebanyak RM288.23 juta.

\”Bahagian eksport Malaysia ke pasaran Pakistan dijangka kekal antara 18 hingga 25 peratus daripada keseluruhan import minyak sawit di negara tersebut, bergantung kepada dinamik harga dan keadaan semasa pasaran,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa di Dewan Rakyat di sini mengenai usaha terbaharu Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam menjadikan negara sebagai pemain industri terbesar yang membekalkan minyak kelapa sawit ke Asia Tengah.

Sementara itu, menurut beliau, satu perbincangan bersama Pengerusi Lembaga Pelabuhan Qasim (Port Qasim Authority) di Pakistan telah diadakan.

Ia bagi memudahkan pengedaran minyak sawit dengan lebih pantas dan cekap ke rantau Asia Tengah, secara tidak langsung dapat mengurangkan masa transit dan kos eksport minyak sawit negara.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...