Home Ekonomi Malaysia Tekankan Potensi Pelaburan Hijau Di Mesyuarat Menteri Tenaga APEC – Petra
Ekonomi

Malaysia Tekankan Potensi Pelaburan Hijau Di Mesyuarat Menteri Tenaga APEC – Petra

Malaysia Tekankan Potensi Pelaburan Hijau Di Mesyuarat Menteri Tenaga APEC – Petra

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof .

PUTRAJAYA, 12 Ogos (Livevartha) — Mesyuarat Menteri-MenteriTenaga (EMM) di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)dijangka membincangkan hala tuju, dasar dan kerjasama untuk pertumbuhan mampan dalam sektor tenagakhususnya peralihan tenaga dan usaha mengurangkan jejak karbon ekonomi APEC.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) dalam kenyataan hari ini berkataTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang jugaMenteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Airakan mengetuai delegasi Malaysia ke EMM pada 15-16 Ogos ini.

Mesyuarat APEC EMM yang dihoskan oleh Peru selaku Pengerusi APEC 2024 merupakan pertemuan peringkat tertinggi pemimpin ekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga.

Menurut Petra, Timbalan Perdana Menteri akan mengetengahkan pendirian negara dalam melaksanakan usaha peralihan tenaga negara, memastikan pembangunan tenaga yang inklusif dan saksama serta berkongsi aspirasi negara ke arah pembebasan gas rumah hijausifar bersih menjelang 2050.

Katanya usaha ini akan dilaksanakan menerusi pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR), Pelan Hala Tuju Eknomi Hidrogen (HETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

“Perkongsian dan libat urus mengenai inisiatif progresif oleh Malaysia mampu memberikan gambaran positif mengenai potensi pelaburan hijau negara kepada para pelabur dari rantau Asia Pasifik.

“Selain mempromosi usaha serta komitmen pertumbuhan mapan negara, penyertaan Malaysia akan mengukuhkan lagi imej dan kedudukan negara sebagai destinasi untuk pelaburan yang bersih dan bernilai tinggi,” menurut kenyataan itu.

Fadillah akan turut mengadakan pertemuan dua hala dan pelbagai hala dengan rakan sejawat daripada ekonomi APEC dan pemain industri antarabangsa untuk meluaskan jaringan kerjasama pelbagai bidang tenaga khususnya yang berpotensi menyokong komitmen dan inisiatif peralihan tenaga negara.

— Livevartha

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...