Wednesday , 19 March 2025
Home Ekonomi Malaysia Siap Sedia Jadi Pengerusi ASEAN Tahun Depan, Memacu Integrasi Serantau
Ekonomi

Malaysia Siap Sedia Jadi Pengerusi ASEAN Tahun Depan, Memacu Integrasi Serantau

Malaysia Siap Sedia Jadi Pengerusi ASEAN Tahun Depan, Memacu Integrasi Serantau

Datuk Ramesh Kodammal

Oleh V.Sankara Subramaniam

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Livevartha) — Tahun depan semasa Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, ia dijangkamenjadi tempoh transformatif bagi Asia Tenggara, dengan kepimpinannya dijangka memainkan peranan penting memajukan integrasi serantau dan menangani cabaran global.

Pengerusi Majlis Perniagaan ASEAN-India (Malaysia)Datuk Ramesh Kodammal menekankan kedudukan strategik Malaysia sebagai aset utama.

Beliau berkata peranan Malaysia sebagai pengerusi akan meningkatkan hubungan ASEAN dengan rakan dialog utama, terutamanya China dan India, yang merupakan dua pasaran kritikal bagi rantau ini.

"Kepimpinan Malaysia sebagai pengerusi perkumpulan negara-negara Asia Tenggara ini akan mengetengahkan bidang-bidang penting seperti kerjasama maritim, rantaian bekalan dan rantaian nilai, memacu peralihan dasar yang ketara ke arah integrasi serantau yang lebih mendalam," kata Ramesh kepada Livevartha.

Semasa ASEAN bergerak ke arah memuktamadkan Wawasan Komuniti ASEAN 2045 bersama dengan pelan strategik dan matlamat ketersambungannya, kepimpinan Malaysia dijangka memangkin kemajuan bermakna dalam kerjasama dan integrasi ekonomi serantau.

“Pada 2025, semasa menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN, Malaysia akan berada pada kedudukan yang strategik untuk memajukan infrastruktur mampan dan inisiatif ekonomi digital, yang semakin mendapat tarikan di seluruh rantau ini,” katanya.

Beliau berkata sebagai pengerusi ASEAN Malaysia juga akan memperjuangkan inisiatif ASEAN Outlook on the Indo-Pacific (AOIP).

“Dengan mempromosikan AOIP melalui projek konkrit dan memupuk kerjasama dalam bidang seperti keselamatan maritim dan ketersambungan, Malaysia berhasrat untuk membina kepercayaan dan manfaat bersama dalam rangka kerja yang diterajui ASEAN,” katanya.

Related Articles

Ekuinas perkukuh keselamatan siber melalui pelaburan dalam Bluesify
Ekonomi

Ekuinas perkukuh keselamatan siber melalui pelaburan dalam Bluesify

EKUINASPETALING JAYA: Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) melabur dalam Bluesify Solutions Sdn. Bhd....

Allianz Bank lanjut program Bantuan Kemanusiaan Banjir 
Ekonomi

Allianz Bank lanjut program Bantuan Kemanusiaan Banjir 

ALLIANCE BANKPETALING JAYA: Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) memperluaskan program Bantuan...

Kempen #RAYASTYLOWITHS70 tawar hadiah hingga RM42,000
Ekonomi

Kempen #RAYASTYLOWITHS70 tawar hadiah hingga RM42,000

TEMPOH pertandingan #RAYASTYLOWITHS70 adalah dari 17 Mac 2025 hingga 18 April 2025.PETALING...

Kempen ‘Electrifying Raya Bonanza’, Matrix Concepts tawar hadiah sehingga RM1j
Ekonomi

Kempen ‘Electrifying Raya Bonanza’, Matrix Concepts tawar hadiah sehingga RM1j

KEMPEN ‘Electrifying Raya Bonanza’ oleh Matrix Concepts menawarkan pembeli rumah penjimatan luar...