Home Ekonomi Malaysia Sasar Jadi Kuasa Ai Global – Wilson
Ekonomi

Malaysia Sasar Jadi Kuasa Ai Global – Wilson

Malaysia Sasar Jadi Kuasa Ai Global – Wilson

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Livevartha) — Kerajaan merebut peluang yang dibawakan oleh pertumbuhan kecerdasan buatan (AI) dengan berusaha lebih giat untuk menjadikan negara sebagai kuasa AI global, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Beliau berkata, kerajaan merealisasikan matlamat ini dengan memberi tumpuan serentak terhadap tiga aspek iaitu tenaga kerja AI, infrastruktur AI dan kepimpinan global dalam rantaian bekalan AI.

Menurut Wilson,Malaysia dalam kedudukan yang baik untuk membangunkan tenaga kerja AI di seluruh negara, dengan meningkatkan kualiti hidup rakyat dan meneraju dunia dalam inovasi dipacu AI generatif.

"Tenaga kerja AI Malaysia sedang dibangunkan melalui tiga inisiatif yang disokong kerajaan, iaitu pembinaan kemahiran, penyelidikan dan pembangunan AI, dan keusahawanan," katanyadalam ucaptama pada sidang kemuncak bertemakan ‘Mentransformasikan Ekonomi Digital Global menerusi AI Generatif’hari ini.

Dari segi infrastruktur AI, beliau berkata pengkomputeran AI disediakan di pusat data yang disambungkan kepada grid elektrik dan rangkaian telekomunikasi, justeru telah menjadi sumber negara yang diperlukan Malaysia untuk memacu pertumbuhan ekonomi dipacu AI.

Menurut Wilson, Malaysia mempunyai permulaan kukuh menerusi pembinaan pusat data pengkomputeran AI dengan pelaburan komited lebih US$20 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Beliau berkata negara perlu membina momentum ini dan menawarkan akses mesra pembangun kepada pengkomputeran AI untuk penggunaan cekap sumber ini.

Mengenai pembinaan rantaian bekalan AI, katanya sebagai penggerak awal dalam transformasi ekonomi dipacu AI generatif, Malaysia berupaya menjadi peneraju global dalam segmen berkenaan.

“Kepimpinan global akan mendorong pertumbuhan dipacu AI dalam ekonomi Malaysia melebihi jangkaan McKinsey,” katanya.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...