Home Ekonomi Malaysia pilih pendekatan rundingan, tolak tarif balas terhadap AS
Ekonomi

Malaysia pilih pendekatan rundingan, tolak tarif balas terhadap AS

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz / Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 21 April – Malaysia komited mencapai penyelesaian yang mampu mengekalkan akses pasaran global dan kelestarian rantaian bekalan, menarik pelaburan asing secara berterusan serta menyokong kesejahteraan pekerja dan perniagaan tempatan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan bersama negara ASEAN lain, Malaysia tidak bercadang untuk mengenakan tarif tindak balas terhadap Amerika Syarikat (AS).

“Apa yang perlu dilakukan adalah melibatkan semua pihak melalui pelbagai platform antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia(WTO) danRangkaian Pengangkutan Kargo Dunia (WFN), demi memastikan pendekatan yang adil untuk semua pihak, sama ada China, EU, JCC mahupun kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan media selepas menghadiri Forum Perniagaan dan Pelaburan bersama JS-SEZ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, di sini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul memaklumkan beliau akan bertemu wakil pelaburan Amerika Syarikat di Washington minggu hadapan untuk membincangkan isu berkenaan secara lebih terperinci.

Katanya, walaupun proses rundingan tersebut dijangka panjang dan kompleks, kerajaan yakin dapat mencapai penyelesaian yang adil dan dipersetujui bersama, demi kepentingan pelabur, pengguna dan pemain industri di semua peringkat.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...