Home Ekonomi Malaysia perlu tumpu bangun keupayaan mereka bentuk semi konduktor – Rafizi
Ekonomi

Malaysia perlu tumpu bangun keupayaan mereka bentuk semi konduktor – Rafizi

Malaysia perlu tumpu bangun keupayaan mereka bentuk semi konduktor – Rafizi

PUCHONG, 6 Ogos(Livevartha) –Malaysia perlu memberi tumpuan untuk membangunkan keupayaan rmereka bentuk semikonduktornya sendiri danmengurangkan pergantungan kepada cip import pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata hala tuju strategik kerajaan adalah untuk meningkatkan keseluruhan ekosistem semikonduktor, meliputi kedua-dua sektor huluan dan hiliran, terutamanya dengan memberi penekanan kepadapengeluar reka bentuk asli.

“Minat terhadap pusat data akan terus memacu permintaan semikonduktor, dan ini memberikan peluang kerana terdapat permintaan untuk cip.

“Apabila ekosistem ini berlaku, pusat data di Malaysia akan mula mempertimbangkan cip “Buatan Malaysia”. Itu adalah pertimbangan yang disasarkan kerajaan,” katanya pada majlis pelancaran Taman Reka Bentuk IC Semikonduktor Malaysiadi Puchong, di sini, hari ini.

Rafizi berkata kerajaan sudahpun mempunyai kemudahan untuk pemasangan dan ujian arus perdana, dan pelancaran Taman Reka Bentuk IC Semikonduktor Malaysiaitu adalah mekanisme terbaik untuk meningkatkan bilangan syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) sebanyak mungkin.

“Jadilangkah seterusnya yang diambil kerajaan akan menambah kepada ekosistem dan meliputi semua (bidang) dari huluan hingga ke hiliran,” katanya.

Menggalakkan pembabitan tempatan dalam reka bentuk, prototaip dan pengeluaran produk

Related Articles

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah
Ekonomi

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah

KETUA Pegawai Eksekutif MBSB Group, Rafe Haneef (kiri) bertukar dokumen dengan Dennis...

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi
Ekonomi

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi

SAFWAN Ismail (tujuh kiri) dan Muhamad Zamry Abu Samah (lapan kiri) pada...

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata
Ekonomi

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Rakuten Trade Sdn. Bhd. menyemak turun unjuran FTSE Bursa...

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif
Ekonomi

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula...