Home Ekonomi Malaysia Perlu Terus Peranan ‘neutral’ Untuk Jadi Lokasi Pelaburan Utama – Zafrul  
Ekonomi

Malaysia Perlu Terus Peranan ‘neutral’ Untuk Jadi Lokasi Pelaburan Utama – Zafrul  

Malaysia Perlu Terus Peranan ‘neutral’ Untuk Jadi Lokasi Pelaburan Utama – Zafrul  

Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Livevartha) — Malaysia perlu terus memainkan peranan sebagai sebuah negara ‘neutral’ yang mempunyai ekosistem teguh dalam sektor teknologi bagi memastikan negara kekal menjadi destinasi pelaburan utama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata ekonomi Malaysia bersifat terbuka dan menjalinkan hubungan kerjasama dengan semua negara.

“Asia Tenggara ini neutral, mempunyai demografi yang bagus, ekonomi berkembang, stabil dan aman. Malaysia dan Singapura adalah dua negara yang sudah lama terlibat dalam sektor semikonduktor. Malaysia sudah melebihi 50 tahun dan kita mempunyai ekosistem yang baik, hampir lengkap dan matang.

“Jadi, itu antara sebab kita lihat pelaburan turut meningkat dalam sektor ini,” katanya pada program Agenda Awani bertajuk 'Tech War,' Tesla dan Magnet Pelaburan, terbitan Astro Awani pada Selasa.

Beliau berkata peningkatan kemasukan pelaburan itu turut disokong dengan data baru-baru ini yang menunjukkan Malaysia mencatat pelaburan diluluskan sebanyak RM83.7 bilion dalam pelbagai bidang pada suku pertama, menyumbang kenaikan 13 peratus daripada RM74.1 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.

“Kita lihat indeks Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dianggarkan berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2024. Jika ia dipecahkan, sektor pembuatan ini meningkat 4.7 peratus iaitu menerusi sektor elektrik dan elektronik (E&E) terutama semikonduktor,” katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata dari segi perdagangan, Malaysia mempunyai 16 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) merangkumi multilateral dan bilateral antaranya Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

“Pelbagai FTA yang kita ada dengan semua kumpulan, contohnya BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) bukannya satu blok ekonomi, tetapi kumpulan yang berbincang mengenai isu-isu selatan global

“Kita juga bersama-sama Amerika Syarikat (AS) dalam Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF). Baru-baru ini kita mengumumkan sedang mengkaji semula untuk memulakan perbincangan bersama Kesatuan Eropah (EU) mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU (MEUFTA).

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...