Home Ekonomi Malaysia perkukuh perdagangan, kelestarian melalui MEUFTA
Ekonomi

Malaysia perkukuh perdagangan, kelestarian melalui MEUFTA

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad / Foto Bernama

SUBANG JAYA, 21 Januari – Malaysia dijangka memperoleh lebih banyak peluang perdagangan melalui rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA), yang menekankan kepatuhan terhadap keperluan ketat Kesatuan Eropah (EU) dalam aspek kelestarian, alam sekitar, dan perhutanan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perjanjian itu menunjukkan Malaysia bersedia memenuhi standard EU serta membuktikan ekonomi negara berada pada tahap kompetitif.

“Kesatuan Eropah mempunyai pelbagai keperluan berkaitan kelestarian, iklim, pelepasan karbon, dan perhutanan. Hakikat bahawa kita mampu bekerjasama dan memperluas hubungan perdagangan ini menunjukkan ekonomi Malaysia telah bersedia untuk memenuhi ketetapan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Laporan Alliance Bank ESG 2.0, di sini.

Nik Nazmi menjelaskan, pendekatan bersepadu yang melibatkan kerjasama pelbagai kementerian utama telah diambil bagi memastikan kejayaan pelaksanaan MEUFTA.

Sementara itu, Nik Nazmi turut menegaskan komitmen Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dasar antarabangsa di bawah pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Katanya, Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan multilateral, khususnya dalam menangani isu perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar, di samping mengekalkan hubungan perdagangan dengan semua rakan dagangan.

“Kami percaya bahawa perubahan ini dapat ditangani dengan pendekatan pragmatik dan komunikasi yang berterusan. Amerika Syarikat adalah kuasa ekonomi besar dunia, namun Malaysia juga mempunyai banyak rakan dagangan lain. Oleh itu, kami akan terus berbincang dan bekerjasama dengan semua pihak,” katanya.

Tambah Nik Nazmi, Malaysia akan terus memastikan pintu perdagangan terbuka kepada semua negara, selaras dengan matlamat memperkukuh ekonomi dan kelestarian global.

Related Articles

Malaysia mendahului IPO di ASEAN
Ekonomi

Malaysia mendahului IPO di ASEAN

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kanan) dan Fad’l Mohamed...

Synvista labur AS juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor
Ekonomi

Synvista labur AS$50 juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor

PETER Phang ketika ditemui pemberita selepas SynVista Energy Storage Full Lifecycle Summit...

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j
Ekonomi

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j

SHAHARRUDY Othman (tengah) ketika merasmikan Pelancaran Pelaksanaan e-Invois bagi Pembayar Cukai Fasa...

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 
Ekonomi

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 

REDZA Rafiq Abdul Razak (kiri) bersama PHILIPPE Marcel H. Droesbeke (dua dari...