Wednesday , 26 February 2025
Home Ekonomi Malaysia perkukuh peranan ASEAN dalam kewangan mampan
Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan ASEAN dalam kewangan mampan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Februari – Malaysia komited memperkukuh peranan ASEAN dalam menerajui sektor kewangan yang lebih mampan, seiring dengan usaha mengurangkan ketidaktentuan pelabur dan memudahkan aliran modal rentas sempadan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, menegaskan kepentingan menyelaraskan peraturan kewangan serantau bagi mencapai objektif tersebut.

\”Jika kembali kepada pendekatan konservatif, tiada pinjaman bermaksud tiada pembiayaan. Kita memerlukan pembiayaan untuk mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Lebih penting, ia harus mampu, mampan, dan selamat dari segi tenaga pembekal.

\”Kita perlu fokus kepada perkara ini serta lebih kreatif dalam memudahkan pemain industri menerajui perniagaan dan industri pinjaman,\” katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Perbankan dan Kewangan ASEAN 2025 di ibu negara, hari ini.

Fadillah turut menggesa institusi kewangan agar berinovasi dengan mengubah pendekatan tradisional kepada mekanisme pembiayaan yang lebih fleksibel bagi mempercepatkan pertumbuhan ekonomi berdaya saing.

Beliau menegaskan Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, akan terus menyokong kerjasama lebih erat dalam pembiayaan hijau, jaringan tenaga serantau, dan perluasan pelaburan mampan.

Sidang kemuncak itu dianjurkan bagi mengumpulkan pemain industri dan pihak berkepentingan untuk membincangkan masa depan perbankan serta kewangan di rantau ASEAN.

Antara fokus utama adalah transformasi sektor perbankan dan peranan institusi kewangan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta integrasi ASEAN.

Related Articles

Barisan pengurusan turut terlibat penyusunan semula Petronas
Ekonomi

Barisan pengurusan turut terlibat penyusunan semula Petronas

Tengku Muhammad Taufik (tengah) menunjukkan laporan Keputusan Kewangan Kumpulan Petronas pada sidang...

Ekonomi

Sime Darby perkukuh perkhidmatan selepas jualan, hadapi saingan pasaran

Sime Darby Berhad komited meningkatkan perkhidmatan selepas jualan serta memperkukuh kecekapan operasi...

Ekonomi

Ekonomi Malaysia kukuh, Indeks Pelopor naik 3.1 peratus

Ekonomi Malaysia terus mencatat perkembangan positif dengan Indeks Pelopor (IP) meningkat 3.1...

Johor tarik pelaburan langsung asing RM48.5 bilion
Ekonomi

Johor tarik pelaburan langsung asing RM48.5 bilion

ONN HAFIZ Ghazi (enam dari kiri) melakukan gimik perasmian kilang Hab Halal...