Home Ekonomi Malaysia Pacu Agenda Pembangunan Mampan Menjelang Kepengerusian ASEAN – PM Anwar
Ekonomi

Malaysia Pacu Agenda Pembangunan Mampan Menjelang Kepengerusian ASEAN – PM Anwar

Malaysia Pacu Agenda Pembangunan Mampan Menjelang Kepengerusian ASEAN – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Livevartha) — Malaysia komited untuk memacuagenda pembangunan mampan di rantau ini menjelang kepengerusian ASEAN tahun depan, termasuk menerusi peranan Petroliam Nasional Bhd (Petronas)sebagai pemangkin matlamat pelepasan karbon sifar bersih.

Ketika menegaskan perkara itu,Perdana MenteriDatuk Seri Anwar Ibrahim berkatasebagai sebuah ekonomi terbuka, Malaysia akan terus menyokong usaha Petronas menjalin kerjasama strategik dengan semua negara.

“Saya percaya seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian Petronas yang berterusan menjadi antara perkara pokok dalam perbincangan dua hala antara saya dengan pimpinan dunia,”kata beliau menerusi hantaran di akaun media sosial X, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan sebelum itu menghadiri majlissambutan ulang tahun ke-50 Petronas bersama pemegang taruh dan rakan niaga dari lebih 27 negaradi Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, petang tadi.

Menjelaskan selanjutnya, Perdana Menteri berkatasejak penubuhannya, syarikat minyak dan gas negara itu telah berjaya memenuhi mandat dalam menyeimbangkan kepentingan perniagaan dan sumbangan untuk pembangunan negara menerusi kepercayaan sertasokongan erat kalangan pemegang taruh dan rakan niaga dari serata dunia.

Sehubungan itu, beliau menzahirkanpenghargaan untuk pimpinan dan kakitangan Petronas yang dilihat tidak hanya menjadi tunjang kekuatan ekonomi Malaysia, bahkan kebanggaan negara.

“Ini kerana (Petronas)telah mempertahankan prinsip tatakelola dan tatanan (aturan)yang baik sepanjang 50 tahun sejarah gemilang syarikat berkenaan,” kata beliau.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Malaysia-UK perkukuh kerjasama perdagangan – Tengku Zafrul

Foto FB Tengku ZafrulLONDON, 18 Januari – Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk...

Forest City tarik minat 11 pelabur selepas pengumuman SFZ
Ekonomi

Forest City tarik minat 11 pelabur selepas pengumuman SFZ

Syarul Izam SarifudinISKANDAR PUTERI: Sebanyak 11 syarikat tempatan dan antarabangsa menunjukkan minat...

Niaga hadapan MSM ditutup kebanyakannya tinggi
Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup kebanyakannya tinggi

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 17 Januari – Kontrak niaga hadapan minyak sawit...

Ekonomi

Sokongan operasi BNM diunjur kekalkan kestabilan kadar jangka pendek

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 17 Januari– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada...