Home Ekonomi Malaysia Manfaat AI, Kenal Pasti Transaksi Wang Dicurigai Melalui NFP – Gabenor BNM
Ekonomi

Malaysia Manfaat AI, Kenal Pasti Transaksi Wang Dicurigai Melalui NFP – Gabenor BNM

Malaysia Manfaat AI, Kenal Pasti Transaksi Wang Dicurigai Melalui NFP – Gabenor BNM

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kiri) melakukan gimik Pelancaran National Fraud Portal ketika hadir pada Pelancaran National Fraud Portal di Sasana Kijang Bank Negara hari ini.
Turut kelihatan, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour (dua kanan).
–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Gabenor Bank Negara Malaysia, Dato\’ Seri Abdul Rasheed Ghaffour (depan,enam, kanan), Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (depan, tujuh,kanan), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet Farhan Ahmad (depan, lapan, kanan) bersama-sama pegurusan tertinggi BNM, PDRM dan 16 orang ketua pegawai eksekutif daripada bank-bank yang terlibat di Majlis Pelancaran National Fraud Portal (NFP).
— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Livevartha) — Portal Fraud Kebangsaan (NFP) yang dilancarkan hari ini sedang ditambah baik bagi membolehkan kecerdasan buatan (AI) dapat digunakan bagi mengenal pasti transaksi mencurigakan melalui analisis ramalan.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata antara ciri utama NFP adalah reka bentuk modular yang membolehkan penambahbaikan berterusan dilaksanakan pada masa hadapan terhadap infrastruktur asas yang sedia ada.

Menurutnya, walaupun data menunjukkan jumlah kerugian yang ditanggung oleh mangsa penipuan kewangan secara keseluruhannya agak kecil berbanding jumlah transaksi kewangan domestik, Malaysia perlu lebih peka mengenal pasti dan mengatasi ancaman ini.

Abdul Rasheed berkata langkah ini bagi memastikan keyakinan terhadap sistem kewangan negara sentiasa terpelihara memandangkan penjenayah siber akan terus mengeksploitasi teknologi untuk mengembangkan taktik mereka.

“Perjalanan kita untuk memerangi penipuan masih panjang dan berliku. Dalam kita mengorak langkah ke hadapan, saya ingin menegaskan mengenai tiga tema utama ke arah usaha kita untuk memerangi penipuan kewangan,” katanya dalam ucaptama semasa pelancaran NFP di sini hari ini.

Menurutnya, pertama, negara harus mengoptimumkan penggunaan teknologi bagi mempertingkatkan keupayaan memandangkan taktik penipuan kewangan akan terus berkembang.

“Sehubungan itu, keupayaan dan kaedah kita untuk membanterasnya perlu terus dipertingkatkan,” katanya.

Abdul Rasheed berkata, kedua, tindakan bersepadu perlu terus diterapkan dalam usaha yang dilaksanakan memandangkan membanteras penipuan kewangan memerlukan pendekatan seluruh negara serta kerjasama erat antara sektor awam dan swasta.

“Dalam hal ini, saya ingin berkongsi maklum balas positif yang diterima untuk NFP, dengan 16 institusi kewangan telah menyertai portal ini dan banyak lagi institusi akan menyusul dalam masa terdekat,” katanya.

Related Articles

Elektrifikasi antara tumpuan Black & Veatch tangani pelepasan karbon
Ekonomi

Elektrifikasi antara tumpuan Black & Veatch tangani pelepasan karbon

ANAND Pattani bercakap dalam sesi dialog ‘Reinventing Refineries for a Lower Carbon...

Landskap tenaga global ke arah perubahan struktur ketara menjelang 2030
Ekonomi

Landskap tenaga global ke arah perubahan struktur ketara menjelang 2030

LU Ruquan bercakap pada sesi dialog ‘Laluan China dalam Menyampaikan Peralihan Tenaga...

Asia Pasifik perlukan AS trilion untuk tenaga menjelang 2050
Ekonomi

Asia Pasifik perlukan AS$90 trilion untuk tenaga menjelang 2050

TENGKU MUHAMMAD TAUFIK TENGKU AZIZKUALA LUMPUR: Asia Pasifik memerlukan pelaburan tenaga berjumlah...

Aramco tekan kepentingan minyak, gas ketika konflik
Ekonomi

Aramco tekan kepentingan minyak, gas ketika konflik

AMIN NASSER-REUTERSKUALA LUMPUR: Syarikat minyak gergasi Arab Saudi, Aramco menekankan kepentingan minyak...