Home Ekonomi Malaysia mampu capai negara berpendapatan tinggi pada 2028
Ekonomi

Malaysia mampu capai negara berpendapatan tinggi pada 2028

Malaysia mampu capai negara berpendapatan tinggi pada 2028

Dr. Apurva Sanghi

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Malaysia berupaya mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2028 berdasarkan andaian ringgit berada pada paras 4.54 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kadar pertumbuhan ekonomi pada purata 4.3 peratus.

Ketua Ahli Ekonomi bagi Malaysia Dr. Apurva Sanghi menyatakan bahawa sasaran tersebut mampu dicapai setahun lebih awal jika ringgit kekal pada paras semasa.

\”Dalam penilaian kami, prestasi kukuh ini mencerminkan tiga faktor yang telah meningkatkan sentimen pelabur. Yang pertama adalah faktor luaran, terutama pelonggaran dasar monetari di AS dan ekonomi-ekonomi maju lain.

\”Meskipun peningkatan ini telah bermula sebelum pelonggaran tersebut, pasaran sentiasa bergerak ke hadapan, menjadikan faktor ini salah satu yang paling penting,\” katanya pada taklimat Tinjauan Ekonomi Malaysia bagi Oktober 2024 di sini hari ini.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan bahawa pertumbuhan per kapita negara meningkat 12 peratus lebih tinggi berbanding paras prapandemik, sekaligus mengatasi prestasi kebanyakan negara ASEAN lain.

Related Articles

Bateriku, RYDE EV jalin kerjasama percepat mobiliti elektrik
Ekonomi

Bateriku, RYDE EV jalin kerjasama percepat mobiliti elektrik

AZAROL Faizi (kiri) bersama Syed Ahmad Faiz pada majlis memeterai kerjasama strategik...

I-Berhad labur RM10j untuk sistem AI, infrastruktur robotik menjelang 2028
Ekonomi

I-Berhad labur RM10j untuk sistem AI, infrastruktur robotik menjelang 2028

LIM Kim Hong (kiri) pada majlis pengumuman komitmen awal I-Berhad sebanyak RM10...

Jangkaan kadar dividen KWSP perlu realistik – Pakar ekonomi
Ekonomi

Jangkaan kadar dividen KWSP perlu realistik – Pakar ekonomi

KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM18.31 bilion untuk suku pertama berakhir 31...

PMKS manfaat pendigitalan peruncitan, tingkat daya saing
Ekonomi

PMKS manfaat pendigitalan peruncitan, tingkat daya saing

PMKS menggunakan kemajuan teknologi digital untuk mempromosikan perniagaan mereka.PETALING JAYA: Pendigitalan dalam...