Home Ekonomi Malaysia kumpul US$450 juta dana IPO, tertinggi bagi Bursa Asia Tenggara
Ekonomi

Malaysia kumpul US$450 juta dana IPO, tertinggi bagi Bursa Asia Tenggara

Malaysia kumpul US0 juta dana IPO, tertinggi bagi Bursa Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Livevartha) — Pasaran modal tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia mendahului bursa Asia Tenggara dari segi jumlah dana IPO dikumpul dalam separuh pertama 2024 yang mencecah US$450 juta (US$1 = RM4.49), kata Deloitte.

Dana IPO dikumpul di Malaysia juga menyumbang 33 peratus daripada hasil US$1.4 bilion yang diraih dalam tempoh di bawah kajian itu.

Dalam laporan Tinjauan IPO Pertengahan Tahun Asia Tenggara 2024, Deloitte berkata ini seterusnya diikuti oleh Thailand yang mengumpulkan US$427 juta, Indonesia (US$248 juta), Filipina (US$194 juta), Vietnam (US$37 juta) dan Singapura (US$20 juta).

Selain itu, pasaran modal Asia Tenggara mencatat penurunan IPO baharu iaitu hanya 67 IPO pada enam bulanpertama 2024 berbanding 85 pada tempoh sama 2023.

Deloitte berkata Indonesia menyaksikan IPO baharu terbanyak iaitu 25 dan diikuti Malaysia (21 IPO),Thailand (17 IPO), Filipina(dua IPO) manakala Vietnam dan Singapura masing-masing satu IPO.

Dalam kenyataan berasingan, Rakan Khidmat Nasihat Transaksi Deloitte MalaysiaWong Kar Choon berkata sejak 2018, bilangan penyenaraian baharu di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities juga telah melangkaui Pasaran Utama.

“Kami melihat kebanyakan penyenaraian baharu di Pasaran ACE meraih untungdari segi harga saham selepas penyenaraian.

“Apa yang menggalakkan, separuh daripada syarikat ini turut mencatat kenaikan dua digit dalam harga saham masing-masing seminggu selepas IPO.

“Inimenunjukkan penilaian IPO yang munasabah dandisokong lagi oleh mudah tunai pasaran yang mencukupi," katanya.

Related Articles

Elektrifikasi antara tumpuan Black & Veatch tangani pelepasan karbon
Ekonomi

Elektrifikasi antara tumpuan Black & Veatch tangani pelepasan karbon

ANAND Pattani bercakap dalam sesi dialog ‘Reinventing Refineries for a Lower Carbon...

Landskap tenaga global ke arah perubahan struktur ketara menjelang 2030
Ekonomi

Landskap tenaga global ke arah perubahan struktur ketara menjelang 2030

LU Ruquan bercakap pada sesi dialog ‘Laluan China dalam Menyampaikan Peralihan Tenaga...

Asia Pasifik perlukan AS trilion untuk tenaga menjelang 2050
Ekonomi

Asia Pasifik perlukan AS$90 trilion untuk tenaga menjelang 2050

TENGKU MUHAMMAD TAUFIK TENGKU AZIZKUALA LUMPUR: Asia Pasifik memerlukan pelaburan tenaga berjumlah...

Aramco tekan kepentingan minyak, gas ketika konflik
Ekonomi

Aramco tekan kepentingan minyak, gas ketika konflik

AMIN NASSER-REUTERSKUALA LUMPUR: Syarikat minyak gergasi Arab Saudi, Aramco menekankan kepentingan minyak...