Home Ekonomi Malaysia Giat Kaji Campuran Tenaga Dan Potensi Pelaburan Dalam Penyimpanan Bateri — Fadillah
Ekonomi

Malaysia Giat Kaji Campuran Tenaga Dan Potensi Pelaburan Dalam Penyimpanan Bateri — Fadillah

Malaysia Giat Kaji Campuran Tenaga Dan Potensi Pelaburan Dalam Penyimpanan Bateri — Fadillah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof

Daripada Nurul Hanis Izmir

LIMA (PERU), 15 Ogos (Livevartha) –Malaysia sedang giat melakukan kajian mengenai campuran tenaga dengan memanfaatkan sumber tenaga yang terdapat di dalam negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Airberkata kajian tersebut sedang diperincikan.

“Pada masa yang sama, kita perlu meningkatkan taraf transmission line (talian penghantaran) kita.

“Insya-Allah, kita akan mampu bukan sahaja untuk membekalkan tenaga yang semakin diminati oleh negara-negara luar, tetapi juga memaparkan masa depan yang kita tawarkan melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR)dan komitmen kita terhadap tenaga boleh baharu(RE),” kata Fadillah.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia sempenalawatanke Peru untuk menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga (EMM) di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang berlangsung selama dua hari bermula 15-16 Ogos.

Mesyuarat itu, yang dihoskan oleh Peru sebagai Pengerusi APEC 2024, merupakan pertemuan tertinggi menteri-menteriekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga.

Pada Julai tahun lepas, Malaysia melancarkan fasa pertama NETRdengan memperkenalkan 10 inisiatif pemangkin utama yang akan membuka peluang pelaburan peralihan tenaga bernilai RM435 bilion hingga RM1.85 trilion menjelang 2050.

Fadillah berkata Malaysia mampu menyediakan bekalan tenaga yang stabil, berdaya saing, dan mampu dibiayai, yang seterusnya dapatmendorong pelaburuntuk melabur di Malaysia.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...