Home Ekonomi Malaysia Gesa Kepada Lebih Banyak PPP Dalam APEC Bagi Pacu Peralihan Tenaga Mampan
Ekonomi

Malaysia Gesa Kepada Lebih Banyak PPP Dalam APEC Bagi Pacu Peralihan Tenaga Mampan

Malaysia Gesa Kepada Lebih Banyak PPP Dalam APEC Bagi Pacu Peralihan Tenaga Mampan

Daripada Nurul Hanis Izmir

LIMA (PERU), 16 Ogos (Livevartha) — Malaysia menggesa kepada lebih banyak perkongsian awam-swasta (PPP) dalam Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk memacu peralihan tenaga dalam kalangan ekonomi anggota selain memastikan keterangkuman dan kemampanan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata dengan mewujudkan persekitaran yang menyokong melalui rangka kerja kawal selia yang menyediakan kestabilan untuk pelabur dan menggalakkan ekosistem melalui penyelidikan dan pembangunan, ekonomi anggota APEC boleh meningkatkan lagi pembangunan dan penggunaan penyelesaian tenaga bersih.

“PPPpenting dalam menggerakkan sumber, kepakaran dan inovasi untuk peralihan tenaga,” katanya pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga APEC ke-14 (EMM14) semalam.

Beliau berkata Malaysiatelah mewujudkan beberapa model PPP yang berjaya yang boleh dijadikan sebagai panduan oleh ekonomi anggota APEC.

Misalnya, katanya program Pemeteran Tenaga Bersih(NEM) negara yang diperluaskan melalui NEM 3.0, membolehkan pengguna menjana elektrik melalui pemasangan solar fotovoltan.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata program SolarBerskalaBesar (LSS) Malaysiamelalui bidaan yang kompetitif, telah menarik pelaburan sektor swasta yang besar, meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu, mewujudkan peluang pekerjaan dan memacu ekonomi tempatan.

Selain itu, katanya program Sijil Tenaga Boleh Baharu dan Penggunaan Sendiri menyediakan ruang kepada pengguna dan perniagaan untuk menyumbang secara kolektif kepada matlamat Malaysia untuk meningkatkan tenaga boleh baharu dalam campuran tenaganya.

Fadillah berkata Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dengan melancarkan Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat baru-baru ini, bertujuan untuk membuka akses pihak ketiga kepada grid elektrik negara.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...