Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi Malaysia fokus FTA, pasaran pesat membangun untuk perdagangan 2025
Ekonomi

Malaysia fokus FTA, pasaran pesat membangun untuk perdagangan 2025

Malaysia fokus FTA, pasaran pesat membangun untuk perdagangan 2025

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI), Liew Chin Tong (enam dari kanan),Reezal Merican Naina Merican (lima dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Mohd. Mustafa Abdul Aziz (empat dari kanan) bersama barisan warga kerja Matrade di sini, semalam.

KUALA LUMPUR: Malaysia menumpukan penekanan kepada kerjasama strategik dengan rakan perjanjian perdagangan bebas (FTA), dan pasaran pesat membangun baharu untuk meningkatkan eksport negara pada tahun ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pasaran baharu kekal sebagai fokus utama Malaysia, dengan usaha pengembangan perdagangan menyasarkan Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin.

“Ini dicerminkan melalui pertumbuhan ketara yang dicatatkan pada 2024 dalam perdagangan dengan negara-negara Afrika, seperti Angola (59.3 peratus), Ethiopia (56.4 peratus), Mesir (53.6 peratus), Algeria (27.9 peratus), dan Libya (19.7 peratus).

“Malaysia juga sedang mempelbagaikan perdagangan dalam ASEAN, dengan memberi tumpuan kepada bandar-bandar yang sedang mengalami urbanisasi pesat seperti Medan (Sumatera Utara, Indonesia), Surabaya (Jawa Timur, Indonesia), Da Nang (Vietnam Tengah), Hai Phong (Vietnam Utara), dan Can Tho (Vietnam Selatan),” katanya.

Beliau berkata demikian melalui rakaman video semasa Prestasi Pasca Perdagangan Malaysia 2024: Mengharungi Arus Perdagangan 2025, di sini semalam.

Pada 2024, perdagangan Malaysia mencapai satu pencapaian bersejarah, melonjak 9.2 peratus tahun ke tahun kepada rekod RM2.88 trilion.

Beliau berkata, Malaysia sedang memanfaatkan FTA dengan pasaran bukan tradisional seperti Peru dan Mexico melalui Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), yang menawarkan kadar tarif sifar dan akses pasaran keutamaan.

“Dalam perkembangan terkini, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) dengan UAE, menjadikannya FTA pertama Malaysia dengan anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

“Perjanjian ini mencatat sejarah sebagai FTA paling pantas diselesaikan oleh Malaysia, iaitu dalam tempoh hanya 11 bulan.

Selain itu, Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini mengumumkan penyambungan semula rundingan perjanjian perdagangan bebas, selepas 12 tahun ia tergendala.

“Rundingan dengan Korea Selatan untuk FTA dua hala juga telah disambung pada awal tahun lalu,” katanya.

Kerajaan, melalui MITI dan agensi-agensinya seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan terus melaksanakan aktiviti promosi eksport secara agresif di seluruh dunia untuk memastikan produk dan perkhidmatan Malaysia kekal kompetitif di peringkat global.

Sementara itu, mengulas prestasi perdagangan Malaysia tahun lalu, Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, prestasi perdagangan yang kukuh itu daripada sokongan kukuh kepimpinan negara dan usaha kolaboratif.

“Pencapaian yang luar biasa ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan padu dan komitmen daripada Perdana Menteri, Timbalan-Timbalan Perdana Menteri dan tentunya YB Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...