Home Ekonomi Malaysia dipilih semula sertai dua badan penting UNESCAP
Ekonomi

Malaysia dipilih semula sertai dua badan penting UNESCAP

Foto fail

KUALA LUMPUR, 23 April – Malaysia berjaya dipilih semula menganggotai dua badan penting bawah Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP) .

Dua badan penting itu ialah Pusat Mekanisasi Pertanian Mampan (CSAM) dan Institut Perangkaan untuk Asia dan Pasifik (SIAP).

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pemilihan tersebut telah diadakan semasa Sesi ke-81 UNESCAP pada 22 April 2025 di Bangkok, Thailand.

Malaysia merupakan antara lapan Negara yang dipilih bagi menganggotai kedua-dua badan ini.

Malaysia, yang diwakili Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah dipilih semula sebagai Ahli Majlis CSAM bagi penggal 2025-2028.

\”CSAM memainkan peranan penting dalam memperkukuh kerjasama teknikal antara ahli dan ahli bersekutu
UNESCAP.

\”Ia mempromosi perkongsian pengetahuan, penyelidikan dan pembangunan agro-perniagaan dalam bidang mekanisasi pertanian mampan,\” menurut kenyataan itu.

Bagi SIAP, Malaysia, yang diwakili Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), telah dipilih semula sebagai Ahli Majlis Pentadbiran SIAP untuk penggal 2025-2027.

SIAP memperkukuh keupayaan statistik Negara-Negara di rantau Asia-Pasifik dan membantu dalam mengumpul, menyebar dan menganalisis data bagi menyokong pembangunan ekonomi dan sosial.

\”Malaysia akan terus menyokong kerja CSAM dan SIAP dan terlibat secara aktif dan menyumbang kepada pemerkasaan peranan kedua-dua badan penting di bawah naungan UNESCO,\” kata kenyataan itu lagi.

Related Articles

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR
Ekonomi

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Pendekatan wilayah dilihat sebagai jalan tengah yang lebih adil...

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini
Ekonomi

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini

RINGGIT dijangka melemah pada minggu ini susulan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat....