Home Ekonomi Malaysia, China perkukuh kerjasama pelancongan
Ekonomi

Malaysia, China perkukuh kerjasama pelancongan

Presiden MATA, Datuk Seri Dr. Mohd Khalid Harun (kiri) pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama pelancongan antara Malaysia dan China di Kuala Lumpur / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 11 Februari – Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan Persatuan Ejen Pelancongan Guilin menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama pelancongan antara Malaysia dan China.

Presiden MATA, Datuk Seri Dr. Mohd Khalid Harun menyifatkan kerjasama tersebut sebagai pencapaian penting dalam memperkukuh sektor pelancongan serta membuka peluang ekonomi lebih luas bagi kedua-dua negara.

“Ini termasuk aspek eksport dan import, serta perkhidmatan yang kita tawarkan seperti perbankan, perbankan Islam, kewangan Islam dan lain-lain.

\”Kerjasama antara Malaysia dan China bukan sahaja memberi manfaat kepada MATA tetapi juga sektor perdagangan yang berkaitan,” katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani MoU itu di ibu negara.

Tambah Dr. Mohd Khalid, inisiatif itu turut memainkan peranan penting dalam menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...