Home Ekonomi Malaysia berpotensi jadi hab perniagaan untuk Global South – Liew
Ekonomi

Malaysia berpotensi jadi hab perniagaan untuk Global South – Liew

Malaysia berpotensi jadi hab perniagaan untuk Global South – Liew

Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR, 26Julai (Livevartha) — Malaysia, terutamanya Greater Kuala Lumpur, berpotensi menjadi hab perniagaan atau ibu pejabat serantau untuk Global South, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan IndustriLiew Chin Tong.

Beliau berkata Malaysia mempunyai pemimpin perniagaan dan pekerja yang berpengalaman yang telah bekerjasama dengan industri Barat, Jepun dan Korea selama beberapa dekad, selain mempunyai hubungan budaya yang kukuh dengan perniagaan Arab, Cina, India dan antarabangsa yang lain.

“Diakui, kita perlu meningkatkan hubungan dengan Afrika dan Amerika Selatan sebagai sebuah negara dan melalui perniagaan kita.

“Tidak banyak negara yang kaya dengan budaya seperti Malaysia. Kita perlu memanfaatkan kekuatan ini untuk membantu kesalinghubungan dunia yang pelbagai dan menjalankan perniagaan antara satu sama lain,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia(NCCIM) hari ini.

Liew berkata seorang pemerhati ekonomi Malaysia memberitahu beliau bahawa dalam tempoh 20 tahun yang lepas, kerajaan semasa adalah kerajaan yang jelas dalam matlamatnya dengan agenda ekonomi yang dapat difahami.

“Sudah tentu, kejelasan mengenai ekonomi tidak bermakna negara kita akan menjadi kaya dalam sekelip mata dan semua masalah lalu akan dapat diselesaikan sepenuhnya,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menekankan bahawa pasaran dan pelabur menghargai kejelasan matlamat dasar.

Katanya pada tahun lepas, pelaburan yang diluluskan meningkat kepada paras tertinggi dalam sejarah sebanyak RM329.5 bilion dan ekonomi dianggarkan berkembang sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2024.

“Kini tidak mustahil untuk menjangka pertumbuhan hampir kepada lima peratus pada tahun ini, tinggi sedikit pada 2025, malah melebihi enam peratus pada 2026 jika kita bertindak secara bersama dan jika keadaan global menyebelahi kita.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...