Home Ekonomi Malaysia Berada Di Landasan Tepat Capai Unjuran Kdnk 4.0-5.0 Peratus Tahun Ini – Tengku Zafrul
Ekonomi

Malaysia Berada Di Landasan Tepat Capai Unjuran Kdnk 4.0-5.0 Peratus Tahun Ini – Tengku Zafrul

Malaysia Berada Di Landasan Tepat Capai Unjuran Kdnk 4.0-5.0 Peratus Tahun Ini – Tengku Zafrul

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Livevartha) — Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh sebanyak 5.9 peratus pada suku kedua 2024 merupakan petanda baik untuk Malaysia mencapaiunjuran KDNK sekitar 4.0hingga 5.0 peratus tahun ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkataantara faktor peningkatan KDNK bagi suku kedua adalahpeningkatan ketara pelaburan swasta kerana pelabur semakin yakin dengan prospek ekonomi negara.

“Kalau kita tengok, pelaburan swasta meningkat 9.2 peratuspada suku pertama 2024 dan pada suku kedua pula naik 12 peratus,manakalasektor pembuatan pada suku pertama naik 1.9 peratus, dan suku kedua naik 4.7 peratus.

“Alhamdulillah, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 sudah mula menampakkan hasil,” katanya menerusi hantaran di platform ‘X’ malam ini.

Selain itu, beliau berkatalonjakan eksport yang dipacu oleh permintaan global untuk produk Malaysia khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) turut menyumbang kepada peningkatan KDNK pada suku kedua 2024.

“Suku kedua 2024 mencatatkan pertumbuhan eksport bersih sebanyak 3.4 peratus,World Semiconductor Trade Statistics pula meramalkan peningkatan 16 peratusbagi permintaan semikonduktor tahun ini.

“Insya-Allah, pelaksanaan Strategi Semikonduktor Nasional akan memastikan Malaysia terus menjadi antara pemain utama industri semikonduktor di peringkat global,” katanya.

Tengku Zafrul berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan terus berusaha memajukan industri tempatan,meningkatkan perdagangan serta menarik pelaburan berkualiti bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan bergaji tinggi untuk rakyat Malaysia.

–Livevartha

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...