Home Ekonomi Malaysia belum bercadang sertai New Development Bank
Ekonomi

Malaysia belum bercadang sertai New Development Bank

Malaysia belum mempunyai sebarang cadangan untuk menyertai New Development Bank (NDB) pada masa ini / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Malaysia belum mempunyai sebarang cadangan untuk menyertai New Development Bank (NDB) pada masa ini, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Dewan Negara, MITI memaklumkan, sekiranya keperluan untuk menyertai NDB timbul, Malaysia perlu bersedia menyumbang kepada institusi kewangan tersebut.

Bagaimanapun, langkah tersebut akan menambah komitmen kewangan sedia ada negara, di samping mengambil kira beberapa faktor penting seperti had hutang negara yang ditetapkan pada 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kebergantungan kepada agensi kewangan tempatan.

MITI turut menjelaskan, analisis kos dan faedah yang menyeluruh perlu dilakukan untuk menentukan manfaat keahlian dalam NDB.

Ini termasuk menilai syarat keahlian, komitmen kewangan, dan kuasa mengundi Malaysia dalam institusi itu.

Sebagai persediaan awal, Malaysia boleh memohon untuk menjadi pemerhati dalam mesyuarat Lembaga NDB.

Langkah ini dijangka memberikan gambaran lebih jelas mengenai operasi dan tadbir urus NDB sebelum mempertimbangkan penyertaan rasmi.

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...