Home Ekonomi Malaysia akan pantau potensi impak ekonomi susulan kemenangan Trump
Ekonomi

Malaysia akan pantau potensi impak ekonomi susulan kemenangan Trump

Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, 11 November – Malaysia sedang memantau rapat kemungkinan perubahan yang mungkin berlaku yang akan memberi kesan kepada ekonomi global dan tempatan berikutan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli berkata sementara menunggu pengumuman dasar baharu daripada Washington, kerajaan sentiasa bersiap sedia untuk menilai dan menyesuaikan dengan sebarang perkembangan yang boleh mempengaruhi landskap ekonomi Malaysia.

“Saya fikir mana-mana negara di dunia, memandangkan pengaruh besar AS ke atas ekonomi global, akan melihat dengan teliti terhadap apa sahaja kesan daripada perubahan pentadbiran AS terhadap ekonomi dan pentadbiran tempatan.

“Saya fikir sementara kita akan menunggu pengumuman seterusnya, kita akan memantau bagaimana pentadbiran Trump akan memberi kesan kepada ekonomi global dan ekonomi kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus industri bagi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13), di sini, hari ini.

Beliau berkata, Malaysia perlu pantas untuk bertindak balas terhadap sebarang bentuk perkembangan geopolitik dan antarabangsa yang mungkin timbul daripada perubahan pentadbiran, bukan sahaja di AS tetapi di mana-mana rakan dagang utama negara.

“Tetapi banyak rancangan kita berkaitan semikonduktor dan peralihan tenaga didorong oleh keperluan kita sendiri di dalam negara. Dan kebanyakannya bercirikan struktur

“Ini bermakna ia adalah sesuatu yang perlu kita lalui untuk memperkukuhkan lagi industri dan ekonomi kita,” katanya.

Mengenai perkembangan lain, Rafizi berkata RMK-13 akan merangkumi inisiatif untuk meletakkan negara sebagai penyedia global ekosistem pusat data yang komprehensif.

Bercakap pada sesi industri bersama pemegang taruh daripada sektor elektronik, aeroangkasa dan automotif, beliau berkata visi yang meletakkan Malaysia sebagai pusat utama pusat data, bukan sahaja dalam kapasiti pengehosan tetapi sebagai pemain komprehensif dalam rantaian nilai.

“Malaysia terus menarik pusat data, tetapi kita mahu mengambil dalam ekosistem pusat data yang bernilai lebih tinggi. Kita menyasar melaksanakan beberapa intervensi pemangkin untuk mewujudkan ekosistem supaya menjelang akhir dekad ini, Malaysia juga boleh mengambil bahagian dalam keseluruhan rantaian nilai pusat data,” katanya.

Mengenai RMK13 yang sedang dirangka beliau berkata kementeriannya bukan sahaja mengadakan sesi libat urus dengan kerajaan negeri tetapi juga memastikan pelan itu memasukkan input daripada industri strategik utama.

RMKe-13 dijangka dibentangkan di Parlimen pada 3 Julai, 2025. – Livevartha

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...