Home Ekonomi Malaysia akan mula tampil sebahagian daripada 40 kes penggunaan rangkaian 5G mulai akhir September
Ekonomi

Malaysia akan mula tampil sebahagian daripada 40 kes penggunaan rangkaian 5G mulai akhir September

Malaysia akan mula tampil sebahagian daripada 40 kes penggunaan rangkaian 5G mulai akhir September

Menteri Digital Gobind Singh Deo (tengah) pada gimik pelancaran Alibaba Cloud Digital Government Day & Launch of Digital Accelerator Program di sebuah hotel hari ini.
Turut kelihatan, Naib Presiden Alibaba Cloud Intelligence Bridge Song (kiri) dan Pengurus Besar Wilayah Asia Tenggara Selatan Alibaba Cloud Intelligence Kun Huang (kanan ).
–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Digital Gobind Singh Deo (Gambar fail)

Menteri Digital Gobind Singh Deo ketika ditemui media pada Pelancaran Alibaba Cloud Digital Government Day & Launch of Digital Accelerator Program di sebuah hotel hari ini.
–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 1 ​​Ogos (Livevartha) — Malaysia akan mula menampilkansebahagian daripada 40 kes penggunaan rangkaian persendirian 5G dalam pelbagai sektor utama pada akhir September sebelum mengambil alih kepengerusian Asean pada 2025, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Beliau berkata sektor yang akan terlibat antaranya penjagaan kesihatan, logistik, pelancongan dan pengangkutan.

“Saya harap usaha ini akan mula bergerak pada akhir bulan depan dan kita akan dapat melihat kes ujian dijalankan dan berjalan sehingga akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Pemecut Digital oleh Alibaba Cloud di sini, pada Khamis.

Kes ujian merujuk kepada tindakan yang diperlukan untuk mengesahkan ciri atau fungsian tertentu.

Beliau berkata Digital Nasional Bhd (DNB) mencatatkan pencapaian mengagumkan dengan hampir 82 peratus liputan kawasan berpenduduk dalam tempoh tiga tahun.

“Kami berjaya meningkatkan keupayaan 5G kami dan merekodkan hampir 14.8 juta pelanggan, kadar penggunaan sebanyak 43.6 peratus.

“Justeru, rakyat Malaysia sedang bergerak maju dalam aspek 5G. Bagi kes penggunaan kami telah memutuskan bahawa menjelang Disember, kami akan menghasilkan 40 kes pengunaan dan kerajaan telah meluluskannya,” katanya.

Sebelum ini Gobind dilaporkan berkata menjelang kepengerusian Asean pada 2025, Malaysia berminat untuk mengetengahkan keupayaan rangkaian persendirian 5G, dan melalui DNB, kerajaan menyasar untuk melaksanakan 40 kes pengunaan rangkaian persendirian 5G melibatkan pelbagai sektor di negara ini.

DNB akan bekerjasama dengan kementerian, agensi, syarikat telekomunikasi dan perusahaan yang berkaitan untuk menggalakkan penggunaan teknologi 5G merentas semua industri di Malaysia, katanya.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...