Home Ekonomi Malaysia Akan Meterai MoU Perdagangan, Tubuh Majlis Perniagaan Dengan Palestin
Ekonomi

Malaysia Akan Meterai MoU Perdagangan, Tubuh Majlis Perniagaan Dengan Palestin

Malaysia Akan Meterai MoU Perdagangan, Tubuh Majlis Perniagaan Dengan Palestin

Kredit : FB Tengku Zafrul

Kredit : FB Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR,12Ogos(Livevartha) –Jemaah Menteribersetuju supaya Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan Palestin, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata pihaknyatelah menerima kunjungan Duta Besar Palestin diMalaysiaWalid Abu Ali di Menara MITI pagi tadi.

“Malaysia komited untuk membantu Palestin membangunkan semula ekonominya yang lumpuh.

“MoU ini akan saya tandatangani bagi pihak kerajaan Malaysia bersama rakan sejawat saya dari Palestin,” katanya dalamhantaran di media sosialnya pada Isnin.

Tengku Zafrul berkatanilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Palestin pada 2023 meningkat sebanyak 52.1 peratus atau RM20.8 juta berbanding pada2022.

Perdagangan antara kedua-dua negara akan meningkat susulan pemeteraian MoU itu, katanya.

“Kita juga akan menubuhkan Majlis Perniagaan Bersama Malaysia-Palestin untuk meningkatkan kerjasama dalamkalangan komuniti perniagaan kedua-dua negara.

“Segala usaha ini mencerminkan sokongan Malaysia terhadap usaha pembangunan dan kesejahteraan rakyat Palestin,” katanya

Beliau berkata kerajaan komited menyokong perjuangan rakyat Palestin dan akan terus bekerjasama dengan negara-negara sahabat untuk mencari penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi isu Palestin.

Related Articles

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan
Ekonomi

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan

PENINGKATAN gaji minimum boleh membantu mengecilkan jurang pendapatan. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA:...

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat
Ekonomi

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat

SEORANG pekerja menyusun gelang emas yang dipamerkan di kedai barangan kemas. –...

Ekonomi

Niaga hadapan emas merosot susulan aktiviti pengambilan untung

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 6 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

Ekonomi

PKS disaran tingkat produktiviti untuk imbangi kenaikan kos operasi

Profesor Madya Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia, Dr Mohd Edil Abd...