Home Ekonomi Malaysia 5 Negara Teratas APAC Ramai Pengguna Terjejas Ancaman Dalam Talian
Ekonomi

Malaysia 5 Negara Teratas APAC Ramai Pengguna Terjejas Ancaman Dalam Talian

Malaysia 5 Negara Teratas APAC Ramai Pengguna Terjejas Ancaman Dalam Talian

Igor Kuznetsov

Daripada Danni Haizal Danial Donald

NEGOMBO (Sri Lanka), 5 Ogos (Livevartha) — Malaysia adalah antara lima negara teratas di rantau Asia Pasifik (APAC) yang mencatatkan pengguna paling ramai terjejas dengan ancaman secara dalam talian, kata syarikat keselamatan siber global Kaspersky.

Menurutnya, lebih daripada suku bilion ancaman dalam talian dikesan di rantau berkenaan bagi tempoh Januari hingga Julai 2024.

Pengarah Pasukan Penyelidikan dan Analisis Global Kaspersky, Igor Kuznetsov berkata ancaman dalam talian merujuk kepada pengguna yang menghadapi ancaman dalam talian melalui muat turun daripada Internet dan pancing data secara dalam talian.

Beliau berkata Filipina mendahului senarai itu yang melibatkan sejumlah 39.4 peratus pengguna terjejas.

“Ini diikuti oleh Nepal (36.8 peratus), Sri Lanka (34.9) peratus, Malaysia di tempat keempat iaitu 31.4 peratus dan New Zealand (30.9 peratus),” katanya dalam sesi pembentangan pada Minggu Keselamatan Siber Kaspersky APAC 2024 di sini hari ini.

Kuznetsov berkata Kaspersky turut mengesan lebih 340 juta ancaman tempatan, yang merujuk kepada pengesanan menerusi muat turun fail daripada media luaran seperti pemacu pena di komputer atau peranti mudah alih.

“Mengenai pengguna yang terjejas dengan ancaman tempatan yang dikesan pada peranti mudah alih, Myanmar mendahului senarai dan menduduki tempat kelapan di peringkat global dengan mencatat 49.8 peratus, diikuti Vietnam (46.1 peratus), China (43.8 peratus), Nepal (43.8 peratus) dan Laos ( 40.4 peratus),” katanya.

Kuznetsov berkata antara ancaman yang dikesan adalah melibatkan lebih dua juta pencuri kata laluan, lebih sejuta serangan perisian tebusan, dan lebih 7.5 juta melalui pintu belakang.

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...