Home Ekonomi Malayan Flour Mills tingkat kapasiti pengeluaran di Lumut
Ekonomi

Malayan Flour Mills tingkat kapasiti pengeluaran di Lumut

Malayan Flour Mills tingkat kapasiti pengeluaran di Lumut

TEH Wee Chye d kilang baharu MFM di Lumut, Perak.

PETALING JAYA: Malayan Flour Mills Berhad (MFM), pengeluar makanan ruji terkemuka di Malaysia, berjaya memulakan operasi rasmi talian pengilangan tepung baharu dengan kapasiti 600 tan sehari di fasilitinya di Lumut, Perak. 

Penambahan ini meningkatkan kapasiti pengeluaran tepung keseluruhan kumpulan di Malaysia sebanyak 33 peratus kepada 2,400 tan sehari.

Pelaburan sebanyak RM31.5 juta dalam perbelanjaan modal bagi pemasangan talian baharu ini mencerminkan komitmen MFM untuk memastikan bekalan tepung yang stabil dan berdaya saing kepada isi rumah dan pengilang makanan di Malaysia.

Talian pengilangan baharu ini dilengkapi dengan teknologi pengilangan terkini, yang menampilkan kecekapan pengeluaran tinggi, automasi bersepadu, penggunaan tenaga yang rendah dan pengurangan sisa yang minimum. 

Pelaburan strategik ini sejajar dengan rancangan pertumbuhan jangka panjang kumpulan untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap produk berasaskan tepung, serta menyokong usaha keselamatan makanan negara.

Pengerusi Eksekutif Merangkap Pengarah Urusan MFM, Teh Wee Chye berkata, pihaknya menyaksikan peningkatan permintaan yang berterusan terhadap tepung di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sejajar dengan pertumbuhan penduduk yang melihat tepung sebagai alternatif karbohidrat. 

“Pertumbuhan ini turut disokong oleh prestasi kukuh perniagaan pengilangan tepung kami dari segi keuntungan. 

“Pelancaran talian pengilangan baharu di Lumut ini adalah tepat pada masanya untuk merebut peluang yang semakin berkembang ini.

“Selain meningkatkan kapasiti pengeluaran, talian berteknologi tinggi ini juga akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kos dalam operasi kami. Pelaburan ini meletakkan MFM pada kedudukan kukuh untuk menjadi pembekal utama tepung di negara ini,” katanya dalam kenyataan. 

Sambil memainkan peranan dalam keselamatan makanan dan pembangunan ekonomi, MFM juga berhasrat untuk meningkatkan nilai kepada pemegang saham melalui peningkatan pegangan pasaran.

Bijirin di Malaysia dan Vietnam menunjukkan prestasi yang kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, mencatatkan untung selepas cukai diselaraskan sebanyak RM126.1 juta, meningkat sebanyak 83.0 peratus daripada RM68.9 juta sebelumnya, dengan jumlah hasil yang stabil pada RM3.1 bilion. 

Jualan mengikut jumlah tan juga meningkat sebanyak 23.5 peratus dalam tahun kewangan 2024, mencerminkan permintaan yang semakin tinggi.

Pada masa ini, MFM mengendalikan dua kilang tepung di Malaysia, satu di Lumut, Perak dan satu lagi di Pasir Gudang, Johor.-UTUSAN

Related Articles

Malaysia mendahului IPO di ASEAN
Ekonomi

Malaysia mendahului IPO di ASEAN

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kanan) dan Fad’l Mohamed...

Synvista labur AS juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor
Ekonomi

Synvista labur AS$50 juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor

PETER Phang ketika ditemui pemberita selepas SynVista Energy Storage Full Lifecycle Summit...

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j
Ekonomi

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j

SHAHARRUDY Othman (tengah) ketika merasmikan Pelancaran Pelaksanaan e-Invois bagi Pembayar Cukai Fasa...

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 
Ekonomi

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 

REDZA Rafiq Abdul Razak (kiri) bersama PHILIPPE Marcel H. Droesbeke (dua dari...