Home Ekonomi Malakoff, UniKL teroka potensi kerjasama
Ekonomi

Malakoff, UniKL teroka potensi kerjasama

Malakoff, UniKL teroka potensi kerjasama

RAJA Iskandar Raja Mukhtaruddin (tiga dari kiri) dan Sh Mohmed Puzi Sh Ali (tiga dari kanan) menukar dokumen LOI yang ditandatangani di Kampus UniKL BMI di Gombak, Kuala Lumpur, semalam.

PETALING JAYA: Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menandatangani Surat Hasrat (LOI) bersama Universiti Teknikal MARA Sdn Bhd (UniKL) bagi meneroka potensi kerjasama untuk meningkatkan pengalaman dan pengetahuan industri melalui pelbagai inisiatif.

Ini termasuklah latihan industri bagi para pelajar UniKL sebagai sebahagian daripada program universiti iaitu ‘Memperkasakan Pengindustrian’. 

Selain itu, LOI tersebut merangkumi projek penyelidikan bersama dalam bidang-bidang yang memberi kepentingan bersama dan kerjasama ini turut memberikan kedua-dua pihak akses kepada kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta membolehkan mereka mendapatkan geran kerjasama penyelidikan.

Melengkapi kerjasama ini, Malakoff akan meningkatkan kemahiran dan keupayaan kakitangan teknikal mereka melalui program latihan yang tepat pada masanya, serta memastikan tenaga kerja sentiasa terkehadapan dalam standard industri.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff, Anwar Syahrin berkata, Malakoff teruja untuk menyediakan fasiliti dan kepakaran bagi meningkatkan kemahiran bakat muda di UniKL. 

Beliau yakin bahawa generasi muda yang serba lengkap adalah penting bagi memacu negara ke arah mencapai sasaran peralihan tenaga dan memastikan masa depan yang mampan.

“Di Malakoff, pengalaman luas kami di dalam industri tenaga, digandingkan dengan usaha produktif kami di dalam inisiatif tenaga boleh diperbaharui (TBB) seperti projek nyah karbon terkini di loji termal kami di Johor telah menempatkan kami di barisan hadapan kemajuan industri. 

“Selaras dengan perkembangan industri yang pesat, kami sentiasa meningkatkan kemahiran berpasukan kami untuk kekal relevan. Kami juga komited untuk berkongsi pengetahuan terkini dengan generasi muda. 

“Dengan memperkasakan mereka dengan pengetahuan serta kepakaran terkini, kita sebenarnya sedang mengasuh pemimpin masa depan yang bakal memacu kemajuan negara dan akhirnya memupuk pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya dalam kenyataan.

Majlis pertukaran dokumen antara Ketua Pegawai Sumber Manusia Malakoff, Raja Iskandar Raja Mukhtaruddin dan Pengerusi UniKL, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali telah diadakan di Kampus BMI UniKL di Gombak, Kuala Lumpur sambil disaksikan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Wira Dr. Asyraf.-UTUSAN

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...