Home Ekonomi Malakoff sekali lagi diiktiraf Enlit Asia 2024
Ekonomi

Malakoff sekali lagi diiktiraf Enlit Asia 2024

Malakoff sekali lagi diiktiraf Enlit Asia 2024

ANWAR Syahrin Abdul Ajib (kiri) menerima anugerah ‘Pengeluar Tenaga Bebas Terbaik’ untuk Malakoff di persidangan Enlit Asia 2024.

PETALING JAYA: Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) sekali lagi dianugerahkan gelaran berprestij iaitu ‘Pengeluar Tenaga Bebas Terbaik’ di persidangan Enlit Asia 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Anugerah berprestij ini diterima oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakoff, Anwar Syahrin Abdul Ajib.

Anwar Syahrin berkata, penghargaan yang tulus kepada pasukan yang berdedikasi di Malakoff atas komitmen mereka dalam menempatkan syarikat ini sebagai peneraju dalam sektor tenaga dan standard yang ingin diikuti oleh orang lain untuk dijadikan sebagai rujukan. 

Beliau juga menekankan kepentingan sokongan kerajaan dalam memajukan lagi inisiatif tenaga boleh baharu (TBB) Malakoff, khususnya dalam bidang operasi berterusan kombinasi pembakaran biojisim di negara ini.

“Satu daripada cabaran utama adalah untuk mendapatkan stok bahan api biojisim yang berkelanjutan dan dari sumber tempatan serta menguruskan kos yang berubah-ubah yang

berkaitan dengannya. 

“Pada masa ini, menghasilkan tenaga daripada biojisim adalah 90 peratus lebih mahal daripada arang batu, sebahagian besarnya berpunca kerana bahan api biojisim mengandungi 77 peratus kurang tenaga akan tetapi memerlukan jumlah yang lebih besar untuk menghasilkan pengeluaran yang setara. 

“Oleh itu, ramai pembekal biojisim mengutamakan perjanjian jangka masa panjang bagi menstabilkan harga yang boleh dipermudahkan lagi dengan arahan yang jelas daripada kerajaan mengenai masa depan kombinasi pembakaran biojisim,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, dengan adanya lebih banyak pelaburan dan insentif dari kerajaan untuk menghasilkan pelet biojisim, ini dapat meningkatkan penggunaan tenaga yang lebih bersih dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, terutama dalam industri kelapa sawit.

Acara berprestij ini menyatukan pembekal industri terkemuka bagi mempamerkan penyelesaian inovatif yang menyokong peralihan tenaga rendah karbon Asia. 

Diinspirasikan dari Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Malaysia, Enlit Asia 2024 dengan tema ‘Membenarkan Peralihan Tenaga Multidimensi di ASEAN’ bertujuan untuk mempromosikan pendekatan inklusif terhadap sumber tenaga, menggalakkan peralihan ke seluruh Malaysia dan rantau yang lebih luas. 

Malakoff telah menjalankan pelbagai inisiatif TBB secara proaktif untuk menyokong peralihan tenaga Malaysia, pada waktu yang sama memastikan keselamatan tenaga negara tidak terjejas termasuk inisiatif utama dalam usaha ini adalah Projek Pembakaran Biojisim.

Secara rasminya syarikat telah melancarkan Projek Kombinasi Pembakaran Biojisim di Loji Janakuasa Tanjung Bin 2,100 MW (TBPP) yang mewakili langkah ke arah matlamat Malakoff

untuk tenaga mampan.

Menjelang Mac 2024, TBPP telah menyelesaikan dua peratus pemasangan sistem kombinasi pembakaran biojisim sebelum meneruskan penjanaan elektrik dengan mencampurkan pelet

kayu dan tandan kosong kelapa sawit (EFB) dengan arang batu selama kira-kira dua bulan.

Malakoff merancang untuk meningkatkan nisbah kombinasi pembakaran biojisim kepada tiga hingga lima peratus menjelang 2025 dan meningkatkan kepada minimum 15 peratus menjelang 2027, bagi memastikan operasi komersial yang berskala terus menjana kuasa pencampuran bersama biojisim di TBPP. 

Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau secara signifikan dengan mengimbangi kira-kira 5,700 kiloton pelepasan setara karbon dioksida (CO2e) setahun, setanding dengan menanam kira-kira 142 juta pokok matang setiap tahun.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Malaysia-UK perkukuh kerjasama perdagangan – Tengku Zafrul

Foto FB Tengku ZafrulLONDON, 18 Januari – Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk...

Forest City tarik minat 11 pelabur selepas pengumuman SFZ
Ekonomi

Forest City tarik minat 11 pelabur selepas pengumuman SFZ

Syarul Izam SarifudinISKANDAR PUTERI: Sebanyak 11 syarikat tempatan dan antarabangsa menunjukkan minat...

Niaga hadapan MSM ditutup kebanyakannya tinggi
Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup kebanyakannya tinggi

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 17 Januari – Kontrak niaga hadapan minyak sawit...

Ekonomi

Sokongan operasi BNM diunjur kekalkan kestabilan kadar jangka pendek

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 17 Januari– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada...