Home Ekonomi LZS sasar RM2 bilion kutipan zakat pada 2030
Ekonomi

LZS sasar RM2 bilion kutipan zakat pada 2030

LZS sasar RM2 bilion kutipan zakat pada 2030

SYED Anwar Jamalullail (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Mohd Khaidzir Shahari bergambar pada sidang media mengenai Prestasi Agihan dan Kutipan Zakat Selangor pada tahun 2024 di Menara Zakat Sultan Idris Shah, Seksyen 14 hari ini. – UTUSAN/AFIQ RAZALI

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) optimis dapat mencapai sasaran RM2 bilion kutipan zakat menjelang 2030. 

Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail, sasaran itu selaras dengan pencapaian membanggakan LZS selama tiga tahun berturut-turut melebihi RM1 bilion. 

“Trend peningkatan ini dapat dilihat amat baik dan semakin positif. 

“Malah, ketika semasa pandemik Covid-19 juga kutipan zakat amat baik. Jadi, sasaran RM2 bilion ini optimis dapat dicapai,” katanya pada sidang akhbar pengumuman kutipan dan agihan zakat 2024 dan Pelancaran Laporan Kelestarian LZS di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai mula mempercayai LZS sebagai agensi pembayar zakat yang dipercayai di negara ini. 

“Apa yang mustahak adalah agihan diberikan kepada lapan kategori asnaf dengan tepat.

“Ini semua melibatkan integriti dan amanah yang menjadi tunjang utama LZS sepanjang penubuhannya,” jelasnya.

Beliau turut menjangkakan agensi dapat meraih kutipan zakat sebanyak RM1.328 bilion pada tahun ini. 

Kutipan zakat bagi 2024 mencatatkan RM1.22 bilion, meningkat 9 peratus berbanding RM1.12 bilion pada tahun 2023, hasil sokongan lebih 380,000 pembayar zakat di seluruh Selangor. 

Zakat pendapatan kekal sebagai penyumbang utama mengikut jenis zakat dengan jumlah RM712 juta atau 58 peratus daripada keseluruhan kutipan, manakala potongan gaji terus menjadi saluran pembayaran tertinggi dengan kutipan RM546 juta (45 peratus). 

Jenis zakat lain termasuk zakat perniagaan (RM199 juta), zakat simpanan (RM130 juta), zakat harta (RM70 juta) dan zakat fitrah (RM41 juta). 

Kutipan zakat melalui saluran ’Direct Debit’ mencatatkan pertumbuhan tertinggi antara semua saluran kutipan, dengan peningkatan 60 peratus tahun ke tahun, berjumlah RM1.4 juta. 

Lonjakan ini menggambarkan kesediaan pembayar zakat untuk beralih kepada kaedah yang lebih konsisten dan mudah.

Kepelbagaian latar belakang pembayar dari individu hingga syarikat korporat turut menggambarkan peningkatan kesedaran serta budaya pematuhan zakat yang semakin kukuh di Selangor. – UTUSAN

Related Articles

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR
Ekonomi

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Pendekatan wilayah dilihat sebagai jalan tengah yang lebih adil...

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini
Ekonomi

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini

RINGGIT dijangka melemah pada minggu ini susulan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat....