Home Ekonomi Lima negeri dominasi eksport Malaysia
Ekonomi

Lima negeri dominasi eksport Malaysia

Lima negeri utama mendominasi eksport Malaysia pada bulan lalu, menyumbang 83.7 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport negara / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 27 Disember – Lima negeri utama mendominasi eksport Malaysia pada bulan lalu, menyumbang 83.7 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport negara, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pulau Pinang terus mengekalkan kedudukan sebagai pengeksport terbesar, dengan sumbangan sebanyak 36.4 peratus.

Negeri-negeri lain termasuk Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Prestasi eksport negara bagi bulan tersebut mencatatkan nilai sebanyak RM126.6 bilion, meningkat sebanyak RM5 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan itu dipacu oleh eksport lebih tinggi yang direkodkan di kebanyakan negeri.

Bagi import pula, jumlah keseluruhan meningkat sebanyak RM1.8 bilion berbanding November 2023, dengan Selangor menjadi penyumbang terbesar pada kadar 25.8 peratus, diikuti Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, dan Kedah.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....