Home Ekonomi Lebih banyak negara ASEAN sertai BRICS, potensi pengaruhi pertumbuhan ekonomi serantau
Ekonomi

Lebih banyak negara ASEAN sertai BRICS, potensi pengaruhi pertumbuhan ekonomi serantau

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Penyertaan lebih banyak negara ASEAN ke dalam BRICS berpotensi memperluaskan kejayaan blok itu ke peringkat global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, penilaian terhadap manfaat BRICS, berpotensi mempengaruhi pertumbuhan ekonomi dan daya tahan rantau ini pada masa hadapan.

\”Walaupun masih perlu dilihat bagaimana BRICS akan berfungsi sebagai pengimbang kepada dominasi Barat, hakikat bahawa beberapa negara anggota ASEAN semakin mesra dengan BRICS adalah signifikan.

\”Dua hari lalu, Indonesia secara rasmi telah menjadi anggota BRICS, dan bagi kita sebagai rakan, perkembangan ini adalah sesuatu yang perlu diambil kira oleh semua negara anggota,\” katanya.

Tambah Zafrul, sesetengah pihak mungkin berpendapat BRICS tidak mempunyai kesepaduan yang diperlukan untuk kestabilan jangka panjang tanpa kuasapenyatu.

Namun, rekod prestasi 50 tahun ASEAN merupakan bukti utuh, kepelbagaian politik dan ekonomi bukan penghalang dalam usaha memupuk keamanan dan kemakmuran.

Beliau berucap pada majlis penutup Persidangan Pemimpin Pemikir Ekonomi ASEAN 2025.

Related Articles

Ekonomi

Agrobank sumbang zakat RM180,000 kepada lebih 12 pertubuhan kebajikan

Agrobank menyumbangkan zakat berjumlah RM180,000 kepada lebih 12 pertubuhan kebajikan di lapan...

Ekonomi

Suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy langkah wajar – Penganalisis

Keputusan kerajaan untuk menyuntik RM1.1 bilion ke dalam Sapura Energy Berhad disifatkan...

Ekonomi

Ringgit dijangka bertahan berbanding dolar AS minggu hadapan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 16 Mac– Ringgit dijangka kekal bertahan dalam julat 4.43...

Ekonomi

Ketidaktentuan global: Malaysia perlu teroka rakan dagang baharu – Pakar

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 15 Mac- Malaysia perlu meneroka peluang dengan negara...