Home Ekonomi Lebih 90 peratus perniagaan di Malaysia manfaatkan akses internet
Ekonomi

Lebih 90 peratus perniagaan di Malaysia manfaatkan akses internet

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 29 November– Transformasi digital semakin pesat di Malaysia dengan 93.3% perniagaan memanfaatkan akses internet pada tahun 2022.

Peratusan itu naik ketara berbanding 61.5 peratus pada tahun 2015.

Menurut Jabatan Perangkaan, peningkatan ini menunjukkan kepentingan pendigitalan untuk kecekapan operasi dan komunikasi perniagaan, serta mendapatkan pelanggan baharu.

Penggunaan komputer dalam kalangan perniagaan juga meningkat kepada 95.9 peratus, daripada 73.5 peratus dalam tempoh sama.

78 peratus perniagaan juga memanfaatkan penggunaan media sosial, menjadikannya instrumen penting untuk urusan pemasaran, perkhidmatan pelanggan, dan pembangunan jenama.

Sementara itu, pendapatan daripada aktiviti e-dagang berkembang kukuh sebanyak 16 peratus, mencecah RM1.13 trilion pada tahun 2022.

Sektor perkhidmatan penyumbang utama kepada pertumbuhan, dengan peningkatan pendapatan kepada RM552.7 bilion, berbanding RM115.1 bilion pada 2015.

Lonjakan pendapatan e-dagang mencerminkan peralihan lebih luas ke arah perdagangan dalam talian dan platform digital yang terus memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...