KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Livevartha) — Lebih 11,000 delegasi, termasuk 10,000 kalangan profesional dari luar negara dijangka menghadiri persidangan tahunan berprestijInternational Dragon Award (IDA) yang berlangsung dari9 hingga 12 Ogos ini, diPusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec).
Selepas 11 tahun, IDA akan kembali ke Malaysia buat kali ketiga untukperhimpunan tahunan ahli yang signifikan dalam industri insurans hayat dan perkhidmatan kewangan China di seluruh dunia.
Penganjuran acara itu seiring dengan Kongres Insurans Hayat China Sedunia ke-15 dan Kongres Insurans Hayat Cina Kebangsaan ke-26, kedua-duanya berlangsung di tempat yang sama.
Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Lee Tai Hung mengalu-alukan kedatangan semua pesertadan menggalakkan mereka untuk mempertimbangkan Malaysia sebagai lokasi acara dan perhimpunan akan datang.
“Kami mempunyai kemudahan yang sangat baik di sini serta boleh menampung semua keperluan anda. Sebagai contoh, pada Jun lepas, kami menganjurkan beberapa kongres penting di negara ini,” katanya semasa sidang media pra pelancaran acara itu di Mitec hari ini.
Sementara itu, dalam satu kenyataan,persidangan itu akan menampilkan hampir 120 penceramah terkenal, termasuk pensyarah, sarjana, dan pakar daripada institusi insurans kewangan, serta pemimpin kanan daripada organisasi insurans.
"Lebih 80 sesi dan aktiviti akan diadakan sepanjang persidangan empat hari itu," katanya.
Dianjurkan oleh IMM International, acara ini meraikan kecemerlangan dalam industri insurans hayat dan perkhidmatan kewangan, menghimpunkan profesional terkemuka, peneraju industri dan tokoh penting dari seluruh dunia.
"Persidangan itu bertujuan untuk memberi inspirasi kepada inovasi, mempromosikan amalan terbaik dan mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam sektor ini," kata kenyataan itu.