Home Ekonomi Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport RM4.8 bilion
Ekonomi

Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport RM4.8 bilion

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Persidangan Meja Bulat para pemain Industri sempena lawatan rasmi empat hari beliau ke Mesir / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 14 November – Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir berjaya membuka potensi eksport bernilai RM4.8 bilion.

Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi Universiti Malaya (UM), Dr. Elya Nabila Abdul Bahri berkata inisiatif itu merupakan langkah positif kerajaan dalam merancakkan eksport negara.

\”Kalau kita lihat, pertumbuhan eksport sebelum ini lebih perlahan berbanding import. Maka, lonjakan eksport ini penting untuk mengekalkan lebihan dagangan dalam keadaan surplus.

\”Lawatan ini dijangka memberi kesan positif kepada negara dengan meningkatkan lebihan dagangan,\” katanya.

1411 BZ REAX MESIR EKSPORTPensyarah Kanan Jabatan Ekonomi Universiti Malaya (UM), Dr. Elya Nabila Abdul Bahri / Foto RTM

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataannya pada Rabu memaklumkan potensi eksport tersebut diraih menerusi Mesyuarat Meja Bulat anjuran MITI.

Mesyuarat itu dihadiri sekitar 60 pemimpin industri termasuk Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, serta perniagaan dari 47 syarikat dan persatuan perniagaan di Mesir.

Potensi eksport berkenaan merangkumi sektor-sektor bernilai tinggi seperti automotif, kimia, oleokimia dan tenaga boleh baharu.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka rendah, kesan jangkaan Trump ubah pendirian tarif

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 April– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat...

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus
Ekonomi

IMF semak turun unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.1 peratus

IMF menyemak turun pertumbuhan ekonomi negara kepada 4.1 peratus tahun ini. –...

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan
Ekonomi

Cadangan kenaikan caj pelabuhan berfasa, tidak membebankan

CADANGAN kenaikan caj pelabuhan secara berfasa dijangka tidak membebankan industri. – GAMBAR...

Ekonomi

Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 30 April

FOTO HIASAN / LivevarthaKUALA LUMPUR, 23 April- Harga runcit petrol RON97 dan...