Home Ekonomi Lawatan PM ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion
Ekonomi

Lawatan PM ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion

Lawatan PM ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz / FOTO RTM

ISLAMABAD, 4 Oktober- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan lawatan negara tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan berjaya meraih potensi perdagangan bernilai RM2.65 bilion

\”Syarikat pakistan telah beri komitmen utk tingkatkan import minyak sawit, produk berasaskan kayu, baja, petrokimia serta oleokimia.

\”Lawatan ini telah menghasilkan komitmen pelaburan bernilai RM100 juta dalam sektor halal yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun,\” katanya dalam satu sidang media di Islamabad.

Malaysia dan Pakistan juga akan mengadakan rundingan bulan depan mengenai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia-Pakistan (MPCEPA).

Perjanjian itu telah berkuat kuasa sejak 2008 dan kajian semula mengenainya dijangka selesai pada 2026.

Sementara itu dalam sidang media sama, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,Perdana Menteri diberikan penghormatan tinggi oleh kerajaan Pakistan sepanjang lawatan berkenaan.

Bukan sahaja dikurniakan anugerah Nishan-e-Pakistan dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah daripada Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan;

Malah, lawatan rasmi beliau ke negara itu, dinaik taraf kepada lawatan negara.

\”Jadi ini ialahsatu penghormatan yang amat tinggi dan kita diperingkat kepegawaianperingkat kementerian,kita akan menyusun gerak kerja untuk kita pastikan hubungan dua hala ini dipertingkatdan segala perbincangan, persetujuan antara kedua-dua pemimpin akan kita laksanakan,\” katanya.

0410 ZAFRUL PELABURAN 2Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan

Related Articles

CAB catat untung bersih RM19.75j pada suku kedua
Ekonomi

CAB catat untung bersih RM19.75j pada suku kedua

CHRISTOPHER CHUAH HOON PHONGPETALING JAYA: CAB Cakaran Corporation Berhad (CAB), satu daripada...

Deleum peroleh 70% kepentingan PT OSA Industries Indonesia
Ekonomi

Deleum peroleh 70% kepentingan PT OSA Industries Indonesia

ROA Abdullah (kanan) bersama Pengasas dan Pengarah PT OSA, Ong Siow Aik...

AmInvestment Bank lancar AmEquities, platform dagangan baharu
Ekonomi

AmInvestment Bank lancar AmEquities, platform dagangan baharu

CHRISTOPHER Ng Kok Wai (kiri) dan Leo On Chin Liang ketika pelancaran...

Negeri Sembilan bangunkan hab bioteknologi di Bandar Enstek
Ekonomi

Negeri Sembilan bangunkan hab bioteknologi di Bandar Enstek

AMINUDDIN Harun (lima dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Rafe...