Home Ekonomi Lawatan PM ke Mesir berjaya jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion
Ekonomi

Lawatan PM ke Mesir berjaya jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion

Mesyuarat Meja Bulat bersama pemain industri Mesir di Kaherah /Foto FB TENGKU ZAFRUL

KUALA LUMPUR, 13 November – Lawatan Rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Mesir dari 10 sehingga 12 November 2024 berjaya menjana potensi eksport bernilai RM4.8 billion.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, (MITI) dalam satu kenyataan, memaklumkan potensi eksport itu diraih melalui Mesyuarat Meja Bulat yang dianjurkan.

Menurut MITI, wakil perniagaan dari kedua-dua negara mempamerkan minat yang mendalam untuk memperkukuhkan ekonomi dua hala.

Ia dihadiri oleh kira-kira 60 pemimpin industri termasuk Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Potensi eksport ini melibatkan beberapa sektor bernilai tinggi termasuk automotif, kimia, oleokimia dan tenaga boleh baharu.

MITI yakin hubungan dua hala ini akan terus berkembang, sekali gus memberikan impak positif kepada ekonomi dan pencapaian objektif Pelan
Induk Perindustrian Baharu Malaysia (NIMP) menjelang 2030.

Related Articles

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini

KALI terakhir OPR berubah adalah apabila dinaikan daripada 2.75 peratus kepada 3.0...

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan
Ekonomi

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan

PETALING JAYA: Hong Leong Investment Bank Research mengulangi pendirian ‘overweight’ terhadap sektor...

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...