Home Ekonomi Laksana Behavioural Insights Pertingkat Dasar, Amalan Kawal Selia Baik – Tengku Zafrul
Ekonomi

Laksana Behavioural Insights Pertingkat Dasar, Amalan Kawal Selia Baik – Tengku Zafrul

Laksana Behavioural Insights Pertingkat Dasar, Amalan Kawal Selia Baik – Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Livevartha) — Malaysia boleh melakukan banyak lagi dalam menyepadukanbehavioural insights(BI) ke dalam dasar awam, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata antaranya dengan mengkaji cara untuk menarik pelaburan, melonjakkan perdagangan antarabangsa serta memajukan pembaharuan industri.

Malaysia mula menyepadukan BI ke dalam dasar awam pada 2020 dan berusaha menambah baik dasar untuk memberi manfaat kepada komuniti perniagaan, pelabur dan rakyat Malaysia, katanya.

“Persoalan utama ialah: bagaimana kita boleh memanfaatkan BI untuk mempertingkatkan dasar dan amalan kawal selia yang baik untuk memperhebat rantaian bekalan kita dan merangka perancangan bakat industri yang cukup untuk memacu produktiviti lebih tinggi dan daya saing global?,” katanya di sini, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan KebangsaanBehavioural Insights2024.

Tengku Zafrul berkata BI boleh mempertingkatkan tadbir urus yang baik dengan memudahkan prosedur dan menjadikan borang serta dokumentasi lebih mesra pengguna melalui automasi.

“Kesimpulannya, menjadikan operasi kerajaan lebih cekap,” katanya.

Beliau berkata BI membolehkan langkah memperkemas keperluan operasi, mengurangkan beban perniagaan dan menggalakkan pematuhan bagi menyediakan sumber untuk inovasi dan perkhidmatan lebih baik.

“Kedua, dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran industri, kita boleh menetapkan peringatan tepat masa mengenai peluang pendidikan dan tarikh akhir untuk usaha kemahiran baharu dan kemahiran tambahan,” katanya.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...