Home Ekonomi KWSP perkenal akses lebih cepat, pengaktifan bulanan simpanan syariah
Ekonomi

KWSP perkenal akses lebih cepat, pengaktifan bulanan simpanan syariah

KWSP perkenal akses lebih cepat, pengaktifan bulanan simpanan syariah

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan dua ciri utama untuk simpanan syariah bagi menyediakan akses lebih pantas dan fleksibiliti kepada ahli yang akan berkuat kuasa pada 1 April 2025. 

Menurut kenyataan, penambahbaikan itu membolehkan pendaftaran dibuat serta merta untuk ahli baharu, manakala tarikh kuat kuasa setiap awal bulan bagi semua ahli yang memilih beralih ke simpanan syariah.

“KWSP akan melaksanakan penambahbaikan ini berdasarkan tempoh peralihan dari tarikh 25 Disember 2024 hingga 31 Mac 2025 bagi memastikan inisiatif ini berjalan lancar. 

“Dalam tempoh tersebut, tarikh kuat kuasa bagi ahli yang ingin beralih ke simpanan syariah adalah sebelum 25 Disember 2024 dan tarikh kuat kuasa adalah pada 1 Januari 2025, antara 25 Disember 2024 hingga 24 Mac 2025 (tarikh kuat kuasa adalah pada 1 April 2025) dan antara 25 Mac hingga 31 Mac 2025 (tarikh kuat kuasa adalah pada 1 Mei 2025).

“Selain itu, mulai 1 April 2025 dan seterusnya, tarikh kuat kuasa adalah pada 1 hari bulan berikutnya selepas tarikh membuat pilihan, tertakluk kepada tempoh tangguh selama tujuh hari,” katanya. 

Jelasnya, sebagai contohnya, ahli yang memilih untuk beralih ke simpanan syariah pada 15 April 2025, tarikh kuat kuasa adalah pada 1 Mei 2025. 

“Jika ahli memilih untuk beralih ke simpanan syariah pada 25 April 2025, tarikh kuat kuasa adalah pada 1 Jun 2025 dan bukannya 1 Mei 2025, setelah mengambil kira tempoh tangguh selama tujuh hari tersebut,” katanya. 

Dengan ciri baharu bagi pendaftaran simpanan syariah, ahli KWSP baharu kini boleh memilih simpanan syariah sebagai akaun pilihan mereka semasa pendaftaran kendiri.

Sebelum ini, perubahan kepada simpanan syariah hanya berkuat kuasa pada 1 Januari tahun berikutnya. 

KWSP berkata, di bawah penambahbaikan ini, tarikh kuat kuasa akan jatuh pada hari pertama bulan berikutnya, tertakluk kepada tempoh tangguh selama tujuh hari, membolehkan ahli beralih kepada akaun patuh syariah dengan lebih cepat. 

“Pembaharuan ini dapat memendekkan tempoh menunggu dari tahunan ke bulanan dan memastikan pelaburan ahli adalah patuh syariah lebih awal.

“Penambahbaikan ini memberikan ahli kawalan dan fleksibiliti yang lebih besar, memudahkan mereka menguruskan simpanan persaraan selaras dengan keutamaan kewangan dan pilihan simpanan patuh shariah,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ketidaktentuan global: Malaysia perlu teroka rakan dagang baharu – Pakar

FOTO ARKIB RTMKUALA LUMPUR, 15 Mac- Malaysia perlu meneroka peluang dengan negara...

Ekonomi

Suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy pelaburan strategik

Sapura EnergyKUALA LUMPUR, 15 Mac – Suntikan dana sebanyak RM1.1 bilion kepada...

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...