Home Ekonomi KUSKOP gubal akta koperasi baharu ganti Akta 1993
Ekonomi

KUSKOP gubal akta koperasi baharu ganti Akta 1993

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick / Foto RTM

SHAH ALAM, 22 April – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menggubal akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 dalam usaha memperkasa gerakan koperasi negara.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata penggubalan tersebut bertujuan menambah baik undang-undang sedia ada serta memperkukuh peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai badan kawal selia koperasi.

“Keperluan ini mengambil kira dapatan dua kajian yang telah dilaksanakan pada tahun 2023. Kajian pertama adalah kajian perundangan berkaitan koperasi, manakala kajian kedua adalah kajian kekangan koperasi sebagai entiti perniagaan dalam konteks perundangan.

“Kedua-dua kajian ini memberi fokus kepada penambahbaikan perundangan koperasi bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang mampan dan lestari,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi (MPKK) di sini, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini, sebanyak 10 sesi libat urus telah diadakan melibatkan 295 koperasi dan 47 agensi kerajaan bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas berkaitan rang undang-undang (RUU) tersebut.

Beliau yakin penggubalan akta baharu itu akan membantu mewujudkan koperasi yang lebih responsif dan dinamik selain memudahkan urusan perniagaan koperasi.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...