Home Ekonomi Kumpulan Pixlr mentakrif semula penciptaan kandungan visual melalui Design.ai
Ekonomi

Kumpulan Pixlr mentakrif semula penciptaan kandungan visual melalui Design.ai

Kumpulan Pixlr mentakrif semula penciptaan kandungan visual melalui Design.ai

PETALING JAYA: Kumpulan Pixlr secara konsisten terus meneroka sempadan kreativiti dalam reka bentuk automasi pintar menggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Untuk menjadikan reka bentuk dan penceritaan lebih pintar dan mudah diakses melalui AI, Kumpulan Pixlr telah memperkenalkan pelbagai produk termasuk Pixlr.com iaitu set penyuntingan foto berkuasa AI yang canggih; Designs.ai, platform kreatif untuk reka bentuk dan penjenamaan automatik dan Vectr.com, penyuntung grafik vektor yang mesra pengguna.

Dengan misi untuk memperkasakan pencipta di semua peringkat kemahiran, platform itu membantu berjuta-juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia.

Terbaharu, Kumpulan Pixlr memperkenalkan Designs.ai, set kreatif dikuasakan AI yang memudahkan penciptaan kandungan melalui automasi dan teknologi pintar.

“Ciri baharu yang ditawarkan oleh platform ini memperkenalkan automasi pintar, membolehkan pengguna menjana visual sejajar jenama yang menakjubkan dalam beberapa saat dengan pengeditan segera,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pixlr, Warren Leow dalam kenyataan.

Direkabentuk untuk menghapuskan sekatan kreativiti dan menyelaraskan proses reka bentuk untuk pemasar, usahawan dan agensi, AI Design memanfaatkan AI termaju untuk memudahkan penciptaan kandungan visual.

Selain menghasilkan grafik yang menarik, proses itu juga menjadi lebih mudah dan menyeronokkan untuk penggunanya, menjimatkan masa berharga para pereka bentuk kandungan visual.

WARREN LEOW

Kata Leow, Design.ai telah dibangunkan sejak 2024 bagi menyegarkan tawaran teknologi AI Saas dengan produk baharu dihasilan Kumpulan Pixlr.

Beliau berkata, dengan 5,000 templat AI pada titik pelancaran, berjuta-juta pilih atur dan kombinasi berbeza boleh dibuat melalui gesaan mudah.

“Ini bermakna pengguna boleh menukar gaya, reka bentuk dan teks mengikut keinginan mereka menggunakan kombinasi pintar templat AI dan gesaan AI (AI prompting).

“Dengan reka bentuk AI, kami mentakrifkan semula cara individu dan perniagaan mendekati penciptaan kandungan menggunakan gesaan. Aliran kerja penciptaan kandungan ini adalah alternatif yang berbeza daripada pendekatan berasaskan templat alatan lain seperti Canva, Adobe.

“Ciri ini memberi kuasa kepada pengguna untuk menghasilkan visual yang menarik dengan mudah, mengurangkan masa dan usaha yang diperlukan secara tradisi sambil mengekalkan kreativiti dan identiti jenama,” kata Leow.

Beberapa ciri utama Design.ai termasuk Penjanaan Visual Segera (reka bentuk yang digilap akan dihasilkan dalam beberapa saat selepas gesaan dimasukkan dan gaya dipilih); Klon Reka Bentuk (versi reka bentuk lain yang dimuat naik oleh pengguna akan dihasilkan dalam masa 30 saat); Penyesuaian Pintar (pengguna boleh memperhalusi elemen dengan pengesyoran dikuasakan AI) dan 1-Klik Ubah Saiz (laraskan reka bentuk kepada dimensi berbeza dengan satu klik).

Kelebihan lain ialah ia juga berfungsi merentas pelbagai format untuk memastikan penciptaan mudah untuk siaran media sosial, bahan pemasaran dan pembentangan. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Indeks Dolar AS susut, ringgit terus mengukuh pada sesi awal

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 12 Mac– Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat...

Ekonomi

LTAL dinobat Lapangan Terbang Terbaik Asia Pasifik

Foto Hiasan / BernamaKUBANG ROTAN, 12 Mac – Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi...

Inflasi dijangka lebih tinggi pada separuh kedua 2025
Ekonomi

Inflasi dijangka lebih tinggi pada separuh kedua 2025

TRAJEKTORI inflasi 2025 akan dipengaruhi oleh penyesuaian dasar domestik dan faktor-faktor luaran.PETALING...

Program MM2H jana pelaburan tahunan hampir RM1 bilion
Ekonomi

Program MM2H jana pelaburan tahunan hampir RM1 bilion

PETALING JAYA: Program visa Malaysia My Second Home (MM2H) yang dipinda pada...