Saturday , 16 November 2024
Home Ekonomi KPSM Digesa Lebih Proaktif Majukan Ladang Sawit Terbiar Untuk Penanaman Semula – Johari
Ekonomi

KPSM Digesa Lebih Proaktif Majukan Ladang Sawit Terbiar Untuk Penanaman Semula – Johari

KPSM Digesa Lebih Proaktif Majukan Ladang Sawit Terbiar Untuk Penanaman Semula – Johari

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tiga, kanan) semasa melancarkan dua buah buku bertajuk \’Integrasi Tanaman dan Ternakan di Ladang Sawit\’ dan \’Kod Amalan Baik Tapak Semaian Untuk Tapak Semaian Sawit (CoPN) Edisi Ketiga\’ pada Perasmian Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit (PKPKS) 2024 di Banda Hilir, hari ini.

MELAKA, 20 Ogos (Livevartha) — Koperasi PenanamSawit Mampan (KPSM) di bawah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) digesa memainkan peranan proaktif memajukan ladang sawitterbiar menerusiprojek penanaman semula bagi meningkatkan pengeluaran komoditi utama negara itu.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata terdapat kira-kira1.7 juta hektar tanaman sawit yang berusia lebih 19 tahun di negara ini dan sekiranya tidak ditangani segera ia akan memberi impak yang besar terhadap pengeluaran dan eksport minyak sawit negara.

"Pengeluaran minyak sawit negara sejak 10 tahun lepas menurun daripada 19.6 juta tan metrik kepada 18.5 juta tan metrik.

“Antara sebabnya adalah kita tidak membuat penanaman semula mengikut standard ditetapkan iaitu melakukan sekurang-kurangnya empat atau lima peratus penanaman semula tetapi (sebaliknya) hanya 1.8 peratus setahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pekebun Kecil Sawit (PKPKS) 2024, di Banda Hilir, dekat sini,hari ini.

Keadaan ini, katanya, telah menyebabkanMalaysia ketinggalan berbanding negara pengeluar lain dan menggesa koperasi di bawah MPOB memainkan peranan berbincang bersama pekebun kecil yang tidak lagi berminatmembuat penanaman semulauntuk berbuat demikiandengan bantuan kerajaan.

Johari berkata setakat inipermohonan yang diterima untuk melakukan tanaman semula kelapa sawit di ladang terbiar berjumlah 5,900 hektardan pihaknya menyasarkan sekitar 9,000 hektar menjelang tahun hadapan.

"Kita juga akan memohon melalui Kementerian Kewangan untuk melakukan penanaman semula di kawasan 9,000 hektar itu dalam memastikan pengeluaran minyaksawit kita tidak menurun memandangkan ia merupakan eksport utama negara yang bernilai lebih RM100 bilion,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kementeriannyajuga akan memastikan usaha penanaman semula dilakukan melalui proses kelestarianyang perlu dipraktikkanoleh kira-kira442,000 pekebun kecil bagi menampung sasaran untuk menembusi pasaran baharu seperti benua Afrika, Timur Tengah serta India.

— Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil
Ekonomi

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 14 November– Kadar jangka pendek antara bank ditutup...

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS
Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 14 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Minyak transformer berupaya mengurangkan risiko kebakaran di pencawang elektrik

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir / Foto RTMBANGI,...

Ekonomi

Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport RM4.8 bilion

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Persidangan Meja Bulat para...