Home Ekonomi Kotex Malaysia lancar produk inovasi baharu Kotex Total Protection
Ekonomi

Kotex Malaysia lancar produk inovasi baharu Kotex Total Protection

Kotex Malaysia lancar produk inovasi baharu Kotex Total Protection

Penyanyi Siti Nur Alyssa Sahabudin atau dikenali sebagai Iman Troye ketika hadir pada Majlis Pelancaran Kotex Total Protection hari ini.

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pengurus Jenama Kotex Malaysia, Michelle Chin (kiri) menunjukkan perbezaan penggunaan kotex pada Majlis Pelancaran Kotex Total Protection hari ini.

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pengurus Pemasaran Kotex Malaysia, Ngui Siew Ching (empat,kanan) bersama Pengurus Jenama Kotex Malaysia, Michelle Chin (tiga,kanan), Pengarah Urusan Kimberly Clark Malaysia, Lim Yu Chien (tiga,kiri) dan Siti Nur Alyssa Sahabudin atau dikenali sebagai Iman Troye (lima,kanan) bergambar pada Majlis Pelancaran Kotex Total Protection hari ini.

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

OlehNorhidayyu Zainal

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Livevartha) — Kotex Malaysia, jenama terkenal dengan produk kebersihan haid, melancarkan produk inovasi terbaharu iaituKotex Total Protection yang menampilkan teknologikusyenbelakangberevolusi yang memberikan perlindungan daripada kebocoran belakang hingga 100 peratus pada waktu malam semasa haid.

Pengurus Jenama Kotex Malaysia Michelle Chin berkata pasukannya menjalankan penyelidikan dan kajian kira-kira dua tahun untuk membangunkan produk yang memenuhi keperluan pengguna.

"Hasil kajian tentang pandangan pengguna, kami mendapati mencegah kebocoran belakang semasa haid pada waktu malam terus menjadi keutamaan wanita dan perkara ituperlu ditangani.

"Selepas penyelidikan menyeluruh, pasukan inovasi kami membangunkan teknologi Kusyen Antikebocoran Belakang yang bertindak sebagai pengadang untuk mencegah kebocoran belakang. Ia diuji di makmal dan terbukti menawarkan perlindungan hingga 100 peratus terhadap kebocoran seperti itu," katanya kepada Livevartha selepas majlis pelancaran produk berkenaandi sini semalam.

Beliau berkata pihaknya telah berunding dengan pakar perubatan mengenai kepentingan tidur dan mendapati ia penting untuk menguruskan sindrom prahaid (PMS) dan haid, kerana ia membantu menstabilkan hormon.

Sebagai sebahagian daripada inovasi Kotex Total Protection, Kotex Malaysia bekerjasama dengan penyanyi popular Iman Troye untuk menghasilkan lagu berkaitan haid yang eksklusif dan pertama seumpamanya berjudul "Teman Malam", bertujuan menghilangkan stigma haid.

Iman Troye atau nama sebenarnyaSiti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 22, berkata lagu itu mengenai keperluan peneman sepanjang malam yang ramai wanita perlukan terutamanya ketika haid.

"Mengalami kebocoran menjejaskan kualiti rehat dan aktiviti harian, namun kita masih perlu berusaha melakukan yang terbaik sepanjang hari," katanya.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...