Home Ekonomi Kos Selenggara Lapangan Terbang Di Seluruh Negara Naik 34 Peratus – MOT
Ekonomi

Kos Selenggara Lapangan Terbang Di Seluruh Negara Naik 34 Peratus – MOT

Kos Selenggara Lapangan Terbang Di Seluruh Negara Naik 34 Peratus – MOT

(Gambar fail)

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Livevartha) — Kos penyelenggaraan lapangan terbang di seluruh negara di bawah kendalian Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka meningkat 34 peratus pada 2024.

Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata MAHB telah membelanjakan sebanyak RM546 juta pada 2023 untuk membiayai kos penyelenggaraan bagi memastikan semua lapangan terbang kendaliannyaberkeadaan baik.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara hari ini, kementerian itu berkata MAHB memperuntukkan sebanyak RM191.1 juta bagikos penyelenggaraan semua lapangan terbang dan padang terbang di Sarawak pada 2023.

“Peruntukan ini telah dinaikkan kepada RM27.1 juta bagi 2024 iaitu kenaikan 41.9 peratus berbanding kos pada 2023," katanya.

Kenyataan itu sebagai menjawabpertanyaan Pele Peter Tinggom mengenai lapangan terbang di seluruh negara terutamadi Sarawak yang perlu dinaik taraf, dibaik pulih dan diselenggara.

Menjelaskan selanjutnya, MOT berkatasehingga 2024, pihaknya menerusi MAHB telah mengenal pasti lapan lapangan terbang yang perlu dinaik taraf termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Kemudahan lain adalah Lapangan Terbang Miri, Padang Terbang Bario,Lapangan Terbang Tawau, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang.

“Kos pembangunanakan dibiayai oleh kerajaan melalui Peruntukan Pembangunan ataudibiayai MAHB yang melibatkan lapangan terbang kompetitif dan berdaya saing,” katanya.

Kaedah pembiayaan menaik tarafprojekkompetitif akandilaksanakan melalui model pemulihan pelaburan yang akan dibincangkan dengan MAHB dan tertakluk kepada persetujuan kerajaan.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....